Seorang pelajar UiTM, Nur Shima Binti Abdul Aziz, bersama 2 orang lagi rakannya, Mohd Amin Khusyairi Othman dan Nur Alya Ahmad telah mencipta satu alat pemantau penyakit kencing manis dengan kaedah baru. Nur Shima, yang kehilangan makciknya beberapa tahun lalu dan beberapa orang ahli keluarganya juga menghidap kencing manis, sedar penyakit kencing manis adalah sukar dirawat, menyebabkan beliau bertekad untuk melakukan penyelidikan demi mendapatkan penyelesaian yang lebih baik dan murah. Alat yang direka beliau adalah Ketobetix Personal Health Monitoring System. Beliau membangunkan prototaip alat itu hanya dengan modal RM260.
Menurut Nur Shima, alat itu menggunakan tidak kaedah ceroboh (cucuk) seperti kaedah pengesanan sedia ada samada menggunakan sampel darah dari jari atau analisa air kencing. Ia menggunakan kaedah nafas. Hanya dekatkan alat pengesan berhampiran mulut dan bernafas. Alat pengesan akan mengesan paras ketone dalam nafas. Ketone adalah bahan kimia yang terhasil jika paras insulin tidak mencukupi dalam badan. Kaedah ini juga telah diakui lebih mudah oleh pakar di HUKM berbanding konvensional.
>>Mampukah anda menyediakan dana perubatan RM30 ribu jika diminta oleh hospital untuk membuat pembedahan? Jika tidak klik sini untuk ketahui caranya<<
Apa yang lebih menarik, data yang diperoleh boleh disalurkan melalui internet dan boleh dipapar secara masa sebenar untuk membolehkan ahli keluarga memantau pesakit kencing manis walau berjauhan. Mobile apps juga akan dibangunkan untuk membolehkan pemantauan dilakukan dengan lebih mudah. Ketika ini, mereka masih melakukan penyelidikan susulan untuk memperbaiki lagi alat pengesanan ini dengan sensor yang lebih kecil. Lihat bagaimana alat ini berfungsi di video ini;
Tahniah kita ucapkan kepada Cik Nur Shima. Hasil penyelidikan hebat sebegini yang kita mahukan dari universiti-universiti kita dan bukan pelajar yang aktif berpolitik. Di negara-negara maju, mereka terus menerus menghasilkan penyelidikan untuk penambahbaikan taraf kehidupan rakyat.
Sumber asal: New Straits Times
Leave a Reply