• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Hari Kanser Sedunia: Sediakan Diri Anda Dengan Pelan Perlindungan Kanser

4th February 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp

4 Februari setiap tahun merupakan sambutan hari kanser sedunia. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap tahun lebih 8.8 juta orang di seluruh dunia meninggal dunia disebabkan kanser (rujuk sumber) terutamanya di negara yang berpendapatan sederhana dan rendah. Kebanyakan kes adalah pengesanan yang sudah terlambat, walaupun di negara maju menyebabkan kanser sukar diubati. WHO mengarahkan agar semua pengamal perubatan berusaha untuk mengesan kanser pada tahap lebih awal atau Carsinoma in Situ (CIS) dengan kaedah;

1. Memperbaiki kesedaran umum mengenai simtom-simtom kanser supaya mereka dapat mendapatkan khidmat nasihat lebih awal
2. Melabur untuk alat kelengkapan dan melatih pekerja perubatan untuk mengesan kanser lebih awal
3. Memastikan pesakit kanser dapat akses kepada rawatan termasuk penahan sakit tanpa memberikan kesukaran kewangan.

Di Malaysia, lebih 100 ribu rakyat menghidap kanser setiap tahun dan jalan untuk sembuh kembali adalah sukar (fizikal mahupun kewangan) termasuklah orang yang mereka sayang. Wanita lebih ramai menghidap kanser mengikut statistik yang dikeluarkan oleh KKM.


Mereka dibebani beban kewangan kerana harga rawatan dan ubatan-ubatan yang tinggi. Untuk itu, adalah dinasihatkan untuk mengamalkan kehidupan yang sihat supaya dapat mencegah kanser dari berlaku. Antara tips untuk mengelakkan kanser dari WHO;

Umum mengetahui, kos perubatan untuk penyakit kanser adalah sangat tinggi, bergantung kepada jenis. Jika di hospital swasta, ianya boleh mencecah antara RM20 ribu hingga RM300 ribu. Ubatan-ubatan untuk penyakit kanser adalah sangat mahal. 


Kerajaan juga dilaporkan akan menaikkan caj rawatan kanser kerana selama ini kerajaan memberikan subsidi, kerana tekanan ekonomi dan pendapatan yang susut, kenaikan untuk kos rawatan kanser di hospital kerajaan juga tidak dapat dielakkan.

Kerajaan sebelum ini tiada skim bayaran spesifik untuk rawatan kanser namun dengan penilaian semula ini, pesakit kanser perlu membayar maksima 20% daripada jumlah keseluruhan kos rawatan kanser di hospital kerajaan. Jika kosnya adalah RM100 ribu, pesakit perlu membayar RM20 ribu. Di sini perlunya untuk anda menyediakan dana perlindungan kanser yang cukup jika anda didiagnos menghidap kanser. Di Zurich Takaful, kami mempunyai pelan perlindungan kanser yang komprehensif dan lengkap pada kadar sumbangan berpatutan. Sebagai contoh, untuk lelaki berumur 25tahun, anda hanya perlu peruntukan RM0.60 sen sehari untuk dana perlindungan kanser  RM100 ribu. Manakala untuk wanita pula hanya RM1.39 sehari. Bayaran akan dibuat seawal peringkat Carsinoma in Situ atau sel kanser belum merebak lagi. Untuk info, pelan perlindungan sakit kritikal tidak melindungi peringkat CIS tetapi pelan cancercare ini melindungi sejak dari peringkat CIS lagi. Berikut adalah perincian mengenai pelan perlindugan kanser Zurich Takaful;




Jika anda berminat untuk menyertai pelan perlindungan kanser menyeluruh Zurich Takaful ini, boleh hubungi saya di 0192757055 untuk khidmat nasihat lanjut dan untuk tetapan temujanji. Sentiasalah membuat persediaan untuk perkara-perkara yang tidak dirancang. 

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Takaful Tagged With: pelan cancercare, zurich takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d