• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Bagaimana Harga Petrol RON95 Ditentukan?

4th February 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Harga petrol naik lagi baru-baru ini dari RM2.10/liter ke RM2.30/liter (RON95). Untuk info, harga minyak ditentukan melalui kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) sejak tahun 1983. Baru-baru ni banyak sumber di media sosial mendedahkan bagaimana harga minyak ditentukan di negara kita. Berdasarkan maklumat tersebut saya cuba mengiranya sendiri adakah harga pada bulan Februari ini seperti mekanisma yang ditetapkan.


Gambar di atas menunjukkan perincian bagaimana harga minyak ditentukan di negara kita. Harga minyak yang dijual kepada orang ramai adalah berdasarkan minyak bertapis dan bukannya minyak mentah. Harga minyak bertapis pula adalah berdasarkan harga purata harian “Means of Platts Singapore” (MOPS). MOPS digunakan sebagai rujukan harian produk petroleum di rantau ini dan juga Australia. (Rujuk sini untuk MOPS).


Untuk mudah faham, kita ambil contoh satu hidang KFC. Tentunya untuk mendapatkan satu pinggan ayam goreng KFC perlu kepada kos-kos lain iaitu kos rempah-ratus, kos utiliti (gas, elektrik), kos tukang masak dan lain-lain lagi. Jadi kosnya akan lebih mahal dari ayam mentah. Begitu juga dengan minyak. Menganggap harga jual petrol berkadar terus dengan harga minyak mentah adalah satu kesilapan.


Harga minyak pada bulan baru ditentukan dengan harga purata MOPS pada bulan sekarang. Contohnya harga minyak pada bulan Mac 2017 akan ditentukan dengan harga purata MOPS pada bulan Februari 2017 dan kadar tukaran ringgit pada bulan tersebut. Berdasarkan maklumat diperoleh, saya mencubanya sendiri dengan mengeluarkan purata harga MOPS pada bulan Januari. Secara purata, harga MOPS pada Januari adalah USD69 untuk  satu barrel minyak bertapis. Anda boleh mencubanya sendiri  di sini.


Kiraan boleh dibuat berdasarkan kaedah di atas. MOPS dan kadar tukaran RM akan berubah mengikut bulan tertentu tetapi kos-kos lain adalah tetap. Jadi, kita boleh faham apabila MOPS meningkat dan ringgit melemah berbanding dollar Amerika, harga petrol akan meningkat. Jadi kita cuba kira sendiri seperti di bawah;


Mengikut perkiraan (anggaran), harga petrol pada bulan Februari RM2.30/liter adalah tepat tanpa subsidi dari kerajaan. Namun ada sumber yang menyatakan kerajaan masih memberikan subsidi sebanyak RM0.10/liter namun berdasarkan kiraan ini, tiada subsidi diberikan untuk bulan Februari. Kerajaan juga telah mengumumkan penghapusan subsidi minyak sepenuhnya baru-baru ini.

>>Medical card murah dan komprehensif  untuk kakitangan kerajaan klik sini<<

Harga minyak berbeza mengikut negara kerana sistem urus ekonomi, eko-sosial dan banyak lagi. Sebagai contoh, harga minyak paling murah di Venezuela, dengan hanya RM0.43/liter namun keadaan sosio-ekonomi rakyat tidak begitu baik. Sebaliknya, harga minyak tertinggi adalah di Norway, dengan RM8.50/liter maju dari segi sosio ekonomi kerana sistem yang digunakan mereka. Rujuk sini untuk harga minyak mengikut negara.

Sumber

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Umum Tagged With: cara tentukan harga petrol

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d