Hari ini saya terkejut kerana menerima email dari PayPal yang menyatakan saya ada membuat transaksi bayaran kepada satu produk bernama CERES 300. Apabendanya pun saya tak tahu. Saya memang mempunyai PayPal. Apabila saya klik pada ‘dispute your order’ bermaksud jika anda tidak membuat transaksi tersebut, anda boleh pertikai. Selepas anda klik butang itu, anda akan di bawa ke borang log masuk akaun anda. Di sini bahaya bermula.
Sekali lihat memang ia serupa dengan log in rasmi PayPal tetapi anda cuba lihat di address website tersebut. Domain nya mempunyai nama lain selain dari PayPal. Anda dinasihatkan supaya jangan membuat log masuk melalui link di dalam email bukan hanya PayPal tetapi lain-lain perkhidmatan bank juga.
Gambar di atas adalah log in site sebenar untuk PayPal. Pada addressnya ditulis PayPal, Inc dengan tanda kekunci menunjukkan ianya adalah secure site. Memang sangat licik penjenayah cyber sekarang jadi anda sebagai pengguna perlulah lebih berhati-hati.
>>Bayaran takaful anda mahal tapi nilai coverage kecil? Klik sini untuk panduan memaksimakan coverage takaful dengan bayaran minima<<
Leave a Reply