• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Medical Card Untuk Kakitangan Kerajaan

14th January 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Pekerjaan sektor awam masih menjadi pilihan popular di negara kita kerana selain dikatakan kalis kegawatan ekonomi, juga terdapat pelbagai manfaat lain seperti wang pencen dan juga manfaat perkhidmatan kesihatan yang baik termasuk menanggung ahli keluarga dan juga ibu bapa pekerja. Namun, walaupun setiap kakitangan kerajaan mempunyai guarantee letter atau GL dari kerajaan jika dimasukkan ke wad, tidak semestinya semuanya percuma. GL juga mempunyai had. Jika ianya melibatkan kos perubatan yang sangat tinggi, seperti pembedahan tulang, kanser dan lain-lain penyakit kritikal, pesakit haruslah membayar sendiri kos pembedahan atau ubatan yang mahal (contoh ubat-ubatan kanser). Pada ketika ini tentulah akan menjadi beban kepada anda dan juga keluarga sekeliling. Orang yang sakit sanggup berbuat apa saja untuk sembuh termasuklah menggunakan wang simpanan, menjual aset, meminjam yang mana semuanya akan menyebabkan masalah kewangan yang kronik.

Semasa anda sakit, anda pasti akan mencari alternatif lain yang lebih cepat. Hospital kerajaan kadang kala perlu menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan pakar. Untuk pilihan lebih cepat, anda mempunyai pilihan untuk ke hospital swasta yang tentu mengenakan bayaran penuh dan lebih mahal. Kerajaan juga baru-baru ini telah menjadikan 7 buah hospital kerajaan yang mempunyai program Full Paying Patient (FPP)/ Pesakit bayar penuh untuk perkhidmatan yang cepat dan setaraf dengan hospital swasta.  Ramai mengambil jalan mudah dengan menggunakan kad kredit untuk membayar bil perubatan dan akhirnya menjadi muflis akibat tidak mampu membayar hutang. Alangkah malangnya kerana anda mungkin akan jatuh sakit semula kerana tekanan.

Soalan saya:
1. Mampukah anda menyediakan wang yang secukupnya jika esok anda diminta oleh doktor untuk buat pembedahan dengan kos RM30 ribu? Jawapan: YA atau TIDAK

2. Mampukah anda menyediakan dana perubatan sebanyak RM100 ribu tiap-tiap tahun untuk belanja perubatan kecemasan anda? Jawapan: YA atau TIDAK

3. Adakah saudara mara anda mampu meminjamkan wang sebanyak RM40 ribu jika anda memerlukannya untuk rawatan penyakit yang sedang dihidapi? Jawapan YA atau TIDAK

Saya percaya semua jawapan di atas adalah TIDAK. Kebanyakan dari kita sekarang tidak mampu untuk menyediakan belanja perubatan sebanyak itu apetah lagi di zaman serba mahal ini. Jadi di sini saya mencadangkan anda untuk mempunyai polisi medical card Zurich Takaful yang komprehensif dan serta mampu milik. 


Mengapa perlu pilih medical card Zurich Takaful?

1. Satu-satunya medical card yang memberikan DISKAUN TIADA TUNTUTAN 20% (Bayaran bulanan menjadi lebih murah)
2. Tiada had penggunaan seumur hidup (Lifetime unlimited)
3. Tiada ko takaful termasuk jika anda menukar harga bilik
4. Lebih 100 hospital panel seluruh negara termasuk pusat pakar kerajaan, Prince Court dan IJN
5. Bantuan perubatan antarabangsa
6. Rawatan kanser dan dialisis buah pinggan seperti yang di cas
7. Khairat kematian dan banyak lagi rujuk gambar di bawah. (Rujuk manfaat penuh pada gambar di bawah)

Semua ini dengan hanya bayaran serendah RM44 sebulan sahaja. Jika anda mempunyai polisi medical card, simpanan dan aset anda terjamin kerana semua perbelanjaan bil perubatan akan ditanggung oleh pihak Zurich Takaful.

caruman medica 2015
Jika anda mempunyai keluarga, medical card Zurich Takaful ini adalah yang terbaik untuk anda di mana dengan diskaun tiada tuntutan yang diberikan, bayaran anda akan menjadi lebih murah untuk tahun-tahun berikutnya. Tidak semestinya setiap tahun anda dimasukkan ke wad. Jadi ambillah peluang untuk berjimat. Contoh sebutharga untuk keluarga 4 orang.


Bayaran akan menjadi lebih murah jika tiada tuntutan dibuat dalam tahun pertama. Ini akan mengurangkan lagi perbelanjaan bulanan untuk takaful medical card keluarga anda. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana diskaun ini diberikan kepada pemegang polisi;


Kami jamin anda tidak akan rugi untuk mencarum sebanyak RM40 – RM50 sebulan untuk dana jaminan perubatan yang anda memang tidak dapat sediakan degan sendiri. Siapa yang boleh beri anda RM100 ribu untuk kos kesihatan jika anda memerlukannnya? Siapa yang boleh mohon? Bayi berusia dari 30hari sehingga umur 65 tahun boleh memohon medical card ini dengan SYARAT ANDA MASIH SIHAT. Sakit dan kemalangan anda benda yang tidak dirancang dan di luar kawalan kita. Apa yang penting kita hanya perlu membuat persediaan.

Whatsapp atau Call saya di HP 0192757055 untuk khidmat nasihat segera jika anda ingin memohon Medical Card Zurich Takaful ini segera.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Medical Card, Takaful Tagged With: diskaun 20%, medica 2015, medical card kakitangan awam, medical card penjawat awam, medical card zurich takaful, takaful medical card

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d