• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

5 Sebab Umum Mengapa ‘Guarantee Letter’ (GL), Tuntutan Anda Tidak Diluluskan

15th December 2016 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp

approved

“Takaful penipu” “Agen hanya janji-janji manis” “GL tak approved” “Janji semua cover, bila nak claim tak boleh!” Banyak yang kita dengar percakapan-percakapan sebegini. Jika kita lihat hari ini, hospital-hospital sentiasa penuh dengan pesakit yang menggunakan kemudahan takaful. Kalau tidak percaya sila buat lawatan. Mari kita lihat dan bincangkan 5 sebab umum mengapa ‘Guarantee Letter’ atau tuntutan takaful anda tidak diluluskan;

1. Polisi yang sudah lapsed
Perkara terpenting dalam perlindungan takaful adalah anda perlu senantiasa semak bayaran caruman anda. Ramai yang tidak ambil peduli perkara ini. Yang buat autodebit pun tiada baki mencukupi untuk pihak takaful membuat penolakan akaun. Bila berlaku polisi lapsed dan tidak boleh buat tuntutan maka maki hamun yang dikeluarkan. Ini tidak menyelesaikan masalah. Oleh itu semak selalu bayaran anda.

2. Manfaat yang tiada dalam polisi
Sudahkah anda membaca dan menyemak polisi anda secara terperinci? Adakah benar semua musibah / kerugian termasuk dalam perlindungan seperti yang dikatakan? Jika tiada dalam polisi secara logiknya permohonan tuntutan anda akan ditolak.

3. Pengecualian (Exclusion)
Dalam kes-kes tertentu atau yang tidak standard seperti mempunyai penyakit atau sejarah kemalangan sedia ada, pihak takaful masih menawarkan perlindungan dengan pengecualian kepada client. Client tidak boleh membuat tuntutan untuk perkara yang sudah dikecualikan.

4. Tidak Dinyatakan (Non Disclosure)
Permohonan takaful adalah menggunakan konsep saling mempercayai. Pemohon perlu membuat deklarasi secara jujur mengenai status kesihatan terkini. Jika sudah mempunyai penyakit sedia ada atau sejarah penyakit sebelum ini perlu untuk dinyatakan kepada pihak takaful untuk semakan. Jika client gagal menyatakan, permohonan takaful boleh diluluskan namun tuntutan kemungkinan ditolak.

>>Panduan bagaimana anda memaksimakan perlindungan takaful dengan bayaran paling rendah. klik sini<<


5.Tempoh menunggu (Waiting Period)
Tidak semua manfaat dilindungi selepas sebaik sahaja polisi berkuatkuasa. Anda memerlukan 30 hari untuk membuat tuntutan untuk sakit biasa dan 120 hari untuk sakit kritikal. Untuk kes kemalangan, anda dilindungi sebaik sahaja sijil berkuatkuasa. Oleh itu sebarang tuntutan yang berlaku pada waktu tempoh menunggu (kecuali kemalangan), syarikat takaful berhak untuk menyiasat terlebih dahulu samada ianya baru terjadi atau sudah lama berlaku tetapi disembunyikan.

Sebagai pemilik perlindungan takaful yang bijak, anda perlu mengetahui hak-hak serta tanggungjawab anda dan juga hak-hak syarikat pengendali takaful. Pastikan anda mendapat penerangan yang secukupnya dari agen takaful anda. Sharekan artikel ini jika bermanfaat.

>>Miliki satu-satunya kad perubatan dengan diskaun tunai 20% serendah dari RM44 sebulan. Klik sini untuk maklumat lanjut<<

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Takaful Tagged With: panduan takaful, Tuntutan takaful, tuntutan takaful ditolak

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d