• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Panduan Memaksimakan Nilai Perlindungan Takaful Anda

13th December 2016 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp

apa-perlu-anda-lakukanKebanyakan dari kita sudah memiliki perlindungan takaful tetapi pernahkah kita terfikir adakah nilai perlindungan takaful itu setimpal dengan apa yang kita bayar? Ramai antara kita hanya mengikut sahaja apa yang disyorkan oleh agen. Ada yang membayar 200 hingga 300 ringgit sebulan tetapi nilai perlindungan asas cuma RM30 ribu hingga RM50 ribu sahaja. Ramai juga agen yang membuat miss selling yang mengatakan takaful itu adalah satu instrumen simpanan wang. Itu adalah tidak benar kerana tujuan takaful adalah untuk memberi perlindungan dan asas kekuatan kewangan jika berlaku perkara yang tidak kita rancang seperti kematian awal, kemalangan, sakit dan sebagainya.

under-insuredMenurut Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), kebanyakan rakyat Malaysia belum mempunyai perlindungan takaful atau jika sudahpun, nilai perlindungan adalah di bawah nilai sebenar. Kadar pengambilan takaful hanya 12.9% dari keseluruhan rakyat Malaysia menurut BNM. Secara puratanya pula, rakyat Malaysia yang mengambil perlindungan insuran/takaful hanya sekitar RM50 ribu sahaja yang mana jauh dari perlindungan yang sewajarnya. Dalam blog post kali ini saya akan berikan tips dan panduan bagaimana anda boleh memaksimakan nilai perlindungan takaful dengan bayaran paling minima.

Tips 1: Bayar takaful serendah mungkin dengan nilai perlindungan setinggi mungkin. 

Ini merupakan rule of thumb dalam pengambilan polisi takaful. Anda sepatutnya tidak terbeban dengan bayaran takaful. Bayar serendah mungkin untuk perlindungan setinggi mungkin. Perlu diingat, takaful berfungsi melindungi tunai dan aset anda. Sebaiknya peruntukkanlah 5 hingga 10% dari gaji anda untuk perlindungan takaful.

maximum-sum-cover

Tips 2: Sertai takaful pada umur seawal mungkin

Penyertaan takaful pada umur yang lebih muda akan memberikan nilai perlindugan yang lebih tinggi untuk plan takafulink. Ini kerana, pada usia muda, anda kurang untuk mengalami risiko kerugian atas perkara yang tidak dirancang seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Lihat graf di atas. Pada usia 30 tahun, dengan caruman bulanan RM200, jumlah perlindungan asas adalah sebanyak RM519 ribu. Katakanlah dengan nilai rider atau manfaat tambahan yang sama, peserta yang memohon takaful pada usia 37 tahun hanya memperoleh RM230 ribu sahaja untuk manfaat perlindungan asas. Perbezaan sebanyak RM289 ribu berbanding jika memohon takaful pada usia 30 tahun. Jadi jika anda sudah berniat untuk menyertai takaful, percepatkanlah. Jumpalah agen yang boleh memaksimakan perlindungan kepada anda.

Tips 3: Ambil plan medical card berasingan dengan plan takafulink

konsep-takafulSebelum kita bincangkan perkara ini lebih lanjut dan mengapa anda perlu mengasingkan polisi asas (takafulink) dengan medical card, mari kita lihat konsep takaful. Lihat gambarajah di atas. Setiap peserta takaful akan menyumbang secara konsep tabarru’ ke dalam satu tabung yang dipanggil dana jaminan bersama atau dana tabarru’. Sumbangan juga disebut caj tabarru’. Dana ini adalah milik peserta dan hanya diuruskan oleh syarikat pengendali takaful. Apabila salah seorang peserta mengalami kerugian contohnya kemasukan wad, sebahagian dana akan diambil untuk membayar bil dan tuntutan lain untuk peserta itu. Begitulah konsep itu akan berulang untuk peserta lain. Sekarang mari kita lihat bagaimana dengan mengasingkan polisi asas (takafulink) dapat meningkatkan nilai perlindungan takaful anda.

combineIllustrasi plan takaful di atas menunjukkan polisi asas (takafulink) yang digabungkan dengan rider medical card. Jumlah caruman bulanan adalam RM230. Jika kita lihat, caj tabarru’ untuk medical card meningkat pada setiap julat umur menyebabkan sumbangan tahunan yang digunakan untuk perlindungan sijil asas berkurang. Berkemungkinan akan terjadi ketidakcukupan dana atau insufficient fund. Apa yang berlaku, setelah disimulasikan, jumlah perlindungan maksima untuk sepanjang tempoh perlindugan cuma sebanyak RM60 ribu sahaja. Lebih parah, perlindungan untuk penyakit kritikal hanya RM30 ribu sahaja yang mana sangatlah tidak mencukupi. Ada kelebihan dan kekurangan jika menjadikan medical card sebagai rider.

Kelebihan:
1. Pengecualian bayaran jika peserta mengalami sakit kritikal

Kekurangan:
1. Caj tabarru’ meningkat menyebabkan perlindungan asas yang kecil
2. Perlindungan sakit kritikal yang kecil
3. Tempoh perlindungan medical card tamat apabila sijil asas matang (sukar memohon semula jika sudah mempunyai sakit kritikal).

Nampak lebih banyak kekurangan berbanding kelebihan jika meletakkan medical card sebagai rider.

stand-aloneSeterusnya illustrasi plan di atas adalah untuk plan berasingan antara plan asas (takafulink) dan medical card (stand alone). Jumlah caruman bulanan tetap sama iaitu RM230. Tapi anda dapat lihat nilai perlindungan asas meningkat sebanyak 6 kali ganda. Ini kerana caruman untuk plan asas tidak dihakis oleh caj tabarru’ medical card yang sudah diasingkan. Dengan pampasan yang tinggi, waris atau anda boleh menampung belanja bulanan sekiranya berlaku perkara yang tidak dirancang.

dividenNamun begitu, untuk plan ini, medical card tidak dimasukkan sebagai waiver jika anda mengalami salah satu dari 36 penyakit kritikal. Bagaimana anda nak bayar caruman medical card? Jangan risau anda lihat kepada nilai perlindungan penyakit kritikal untuk plan berasingan. Nilainya adalah RM150 ribu dan anda boleh menggunakan sebahagian dari wang itu untuk membayar caruman medical card. Dalam takaful, keutamaan perlu diberikan kepada nilai perlindungan asas. Nilai perlindungan asas perlu mencukupi bukan hanya sekadar ada figure sahaja.

Soalan biasa: Polisi medical card stand alone bayaran akan naik mengikut julat umur. jadi bayaran bulanan saya akan naik macamana?

Sepatutnya anda tidak perlu risau dengan perkara ini. Untuk julat umur 22-29 tahu katakanlah bayaran medical card RM86 sebulan. Setelah anda masuk umur 40 tahun bayaran menjadi RM100 sebulan. Jumlah kenaikan tidak sampai RM20. Tetapi gaji anda sudah meningkat lebih RM500. RM14 dengan RM500 beza tu takkan anda tak mampu bayar jumlah peningkatan itu? Apa yang penting nilai perlindungan anda kekal tinggi.

Tidak banyak syarikat yang menawarkan plan sebegini. Kebanyakannya menawarkan plan gabungan dan jika anda ingin meningkatkan nilai perlindungan, anda dipaksa mengambil polisi tambahan. Untuk agen-agen di luar sana, janganlah hanya pentingkan sales sahaja. Berilah yang terbaik kepada client kita. Jika anda merasakan nilai perlindungan anda rendah, anda boleh review semula polisi anda. Jangan risau selagi anda masih layak.

Alhamdulillah kami di Zurich Takaful masih menawarkan plan berasingan. Medical card kami juga menawarkan coverage yang komprehensif dengan lebih dari 100 buah panel hospital. Juga SATU-SATU nya medical card yang memberikan diskaun tiada tuntutan secara tahunan. Berikan kami peluang untuk menerangkan plan kami kepada anda sebelum anda mengambil keputusan untuk menyertai syarikat takaful lain. InsyaAllah kami berikan yang terbaik untuk anda. Hubungi saya di 0192757055 untuk temujanji.

Sila sharekan pos ini jika bermanfaat.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Takaful Tagged With: tips takaful, zurich takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d