• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Tom Yam Kung Sedap Di Putrajaya

9th December 2016 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Pastinya ramai yang menggemari masakan tom yam. Selalunya masakan panas ini di makan pada waktu malam. Terlalu banyak restoran atau gerai yang menyediakan masakan tom yam dan pastinya setiap restoran berbeza rasanya. Untuk yang ingin mencuba kelainan, boleh la cuba masakan tom yam kung di restoran Tom Yam Kung, Ayer 8 Putrajaya. Bagi penduduk Putrajaya mungkin memgetahui kewujudan restoran ini. Kung bermaksud udang dalam bahasa Thai dan tom yam kung ini adalah tom yam udang.


Rasa tom yam kung di restoran ini memang samgat hebat. Harganya agak sedikit tinggi tapi sangat berbaloi dengan rasanya dan persembahan hidangan yang menarik. Udangnya besar (saiz udang pengantin) dan yang paling penting ianya fresh. Memang terasa ‘jus’ udang. Sebenarnya dah berkali kami makan di sini cuma kali ini saya ingin menulis pengalaman ini dalam blog.


Alhamdulillah kami sekeluarga berempat memesan tom yam kung, sotong goreng tepung, Lala dan kailan ikan masin. Campur dengan air, jumlah keseluruhan adalah RM56. Memang berbaloi dengan harga yang dibayar.


Restorannya sangat cantik dan bersih. Di dalamnya juga ada menyediakan tempat berhawa dingin jadi amat selesa untuk sekeluarga menjamu selera.

>>Medical card paling mampu milik dengan diskaun tunai. Klik sini untuk info lanjut<<

 
Ayer 8 merupakan kawasan perniagaan yang berasaskan riadah. Ianya berhadapan dengan tasik Putrajaya dan pemandangannya sangat cantik. Sesuai untuk membawa anak-anak bersiar selain dari shopping mall. Terdapat pelbagai kedai dan butik, restoran-restoran seperti Teh Tarik Place dan Satay station. Malam hari terdapat banyak aktiviti seperti permainan belon, dan yang terkini replika kereta Volkswagen berlampu. Ia sebenarnya adalah sebuah basikal yang boleh dinaiki ramai dengan hiasan luaran model Volkswagen. Bayaran yang dikenakan adalah RM20 untuk satu trip.



Jika anda ke Putrajaya, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke pusat perniagaan Ayer 8. Mudah untuk ke sana dengan menggunakan aplikasi waze. Jom ramai-ramai ke sana.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Umum Tagged With: ayer 8, tom yam best, tom yam kung

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

%d