Baru-baru ni saya mencuba untuk buat belian secara online dari Go Shop. Go Shop selalu kita lihat di Astro rangkaian 118. Vacuum yang lama dah rosak so plan untuk beli yang baru. Vacuum jenama Shimono yang ditunjukkan dalam demo nampak senang digunakan untuk pelbagai kerja termasuk mencuci kereta. Jadi kami ambil keputusan untuk mencuba jenama Shimono.
Untuk membeli di Go Shop, pertama anda perlu membuat pendaftaran di goshop.com.my. Selepas itu Go Shop akan menghantar email ke mailbox anda untuk mengesahkan pendaftaran anda. Selepas mengesahkan email anda, anda boleh kembali ke laman web Go Shop dan buat belian. Selepas memilih barang yang hendak dibeli, terus untuk buat bayaran. Bayaran boleh dibuat melalui 3 kaedah iaitu melalui kad kredit, perbankan online atau cash on delivery (COD). Kali ini kami bayar menggunakan kad kredit.
>>dapatkan medical card dengan diskaun 20%. Klik sini. <<
Alhamdulillah lepas buat order dan bayaran hari Isnin malam, barang dihantar dengan selamat pada hari Khamis. Tak sampai 3 hari barang dah sampai. Yang terlebih excited adalah anak-anak. Mana tak nye hari-hari tengok kat TV je, sekarang barang yang ditengok tu sampai depan mata.
Terus buka kotak dan cuba untuk vacuum karpet. Memang puas hati dan banyak jenis penyedut yang diberikan dalam pakej untuk pelbagai kegunaan seperti di tempat yang sempit dan sebagainya. Sangat berpuashati dan terima kasih Go Shop.
Leave a Reply