• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Kaedah Tangani Kenaikan Kos Perubatan

15th November 2016 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Baru-baru ini viral satu berita yang mengatakan caj hospital kerajaan akan naik sebanyak 50% bermula 1 Disember ini.  Ia melibatkan semua rawatan untuk kelas 1 dan 2 (pesakit berkemampuan). Berita ini dinafikan oleh Menteri Kesihatan namun ia tidak menolak kenaikan pada masa akan datang. Ia mungkin disebabkan perolehan kerajaan yang menurun dan inflasi sektor perubatan yang meningkatkan harga ubat dan peralatan hospital. 


Bagaimanapun kenaikan ini tidak melibatkan caj wad kelas ketiga, di mana untuk rakyat yang tidak berkemampuan, kadar kekal seperti sekarang. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, sementalah rakyat yang membayar cukai. Namun, ianya tetap ada had. Tidak semua rawatan adalah percuma di hospital kerajaan. Pembedahan konstruktif, seperti membetulkan tulang dengan memasukkan besi, harga besi perlu dibayar oleh pesakit.



Juga jika ubat yang diperlukan terlalu mahal seperti ubat untuk sakit kanser, yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit dan perlu di ambil secara kerap.



Lihat bil hospital kerajaan di atas. Bil sebenar jauh lebih mahal dari apa yang sepatutnya anda bayar. Subsidi diberikan oleh kerajaan untuk bayaran perubatan namun dengan keadaan kewangan yang meruncing akibat kurangnya perolehan kerajaan, nampak subsidi ini tak boleh dikekalkan. Jadi apa anda dan saya perlu buat?

Dana Jaminan Bersama (Dana Tabarru’)


Dalam takaful, setiap peserta yang menyertai takaful akan memderma (tabarru’) ke satu dana yang dipanggil dana tabarru’ atau dana jaminan bersama. Dana ini adalah milik peserta takaful yang diuruskan oleh syarikat takaful. Apabila ramai peserta mencarum dana ini, maka nilai dana ini sangat besar. Apabila berlaku sesuatu kepada peserta seperti kemasukan wad, syarikat akan mengambil sebahagian dari dana ini untuk membayar kos hospital atau kerugian yang dialami oleh peserta terbabit. Dengan dana yang cukup besar, pastinya bil hospital yang tinggi dapat dijelaskan dengan mudah. Ini ialah konsep takaful iatu saling menolong antara satu sama lain atau dalam bahasa arab nya adalah Taawun.


Kartun di atas walaupun kelihatan seperti sebuah jenaka, namun ianya adalah realiti. Apabila kita sakit, kita sanggup berbuat apa saja untuk kembali sihat atau menghilangkan sakit. Semua simpanan kita digunakan untuk kos perubatan, tidak cukup dari itu, aset yang ada pun barangkali boleh tergadai. Jadi untuk mengelakkan perkara ini, marilah kita tekadkan untuk sertai dana takaful sebagai jaminan kewangan ketika sakit atau kemalangan.


Di Zurich Takaful, kad perubatan atau medical card boleh di pohon dengan bayaran serendah RM44/bulan untuk dana tanpa had seumur hidup. Syaratnya anda mesti masih sihat untuk memohon. Jika sudah ada sakit, berkemungkinan permohonan anda akan ditolak atau dikenakan ‘loading’ iaitu bayaran tambahan atau sakit yang sedia ada tidak ditanggung oleh takaful. Sebaiknya ambillah secepat mungkin kerana kita tidak tahu bila kita akan sakit.


Selain itu, kad perubatan atau medical card Zurich Takaful adalah satu-satunya medical card yang memberi diskaun tiada tuntutan sebanyak 20%. Bermakna jika tiada tuntutan, bayaran anda akan lebih murah. Mohon sekarang dengan hubungi saya di 0192757055 untuk temujanji segera.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Takaful Tagged With: kad kesihatan, medica 2015, takaful, takaful medical card, zurich takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

%d