• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Adik Masuk Hospital KPJ Selangor Kerana Kencing Tikus

15th November 2016 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Lepas baik dari demam, 3 hari lepas tu adik (anak saya yang no. 2) demam balik. Pergi ke outpatient hospital SALAM doktor minta warded sebab antibiotik yang doktor beri dah tak jalan. Saya pun termenung kejap sebabnya kalau adik masuk wad dan masuk antibiotik drip mesti 5 hari, susah pula nak jaga sebab saya dan isteri bekerja. Setelah berbincang  dengan isteri kami pun mintak surat rujukan kemasukan wad untuk kami cuba hospital yang lain yang boleh memberi alternatif lain selain dari antibiotik drip. Sebabnya, sebelum ni adik pernah kena demam virus masuk hospital Columbia Asia bukit rimau hanya diberi ubat makan dan 3 hari dah boleh keluar wad.

Selepas diberi surat, saya pun call Columbia Asia namun semua wad kanak-kanak penuh. Saya pun hubungi KPJ Selangor alhamdulillah ada bilik kosong di wad kanak-kanak. Kami pun ke KPJ dan terus ke kecemasan. Sewaktu di kecemasan, demam adik dah mencecah 41 darjah celcius. Terus doktor masukkan ubat punggung. Doktor MO tanya masuk guna insuran ape, saya jawab saya guna PMCARE. PMCARE adalah syarikat yang menguruskan kemudahan perubatan syarikat saya bekerja. Setelah ‘Guarantee letter’ diluluskan, kerani counter bertanya, Encik nak upgrade bilik ke? Ini kerana anak saya hanya layak untuk bilik 2 orang kerana syarikat hanya membayar RM150 satu malam. Saya pun bertanya berapa perbezaan harga bilik untuk bilik seorang? Kerani jawab RM250 satu malam. Encik kena bayar RM100. Saya fikirkan demi keselesaan, saya pun bersetuju untuk upgrade bilik kepada bilik seorang. Lepas 11/2 jam kami pun dibawa ke wad.


Hari pertama sampai hari ketiga adik hanya diberikan antibiotik makan sahaja. Demamnya masih tak surut. Doktor ambil darah untuk analisa apa masalah sebenar adik.  Selepas ambil darah kali ketiga, barulah doktor dapat mengesan yang adik dijangkiti virus kencing tikus atau Leptospirosis. Setelah diketahui barulah doktor memberikan antibiotik untuk virus kencing tikus. Antibiotik itu memakan masa 5 hari untuk pusingan penuh jadi terpaksalah kami bermalam di hopsital lagi. Kita yang merancang tuhan menentukan. Asalnya nak keluar cepat jadi lama. Apa pun syukur kerana virus dapat dikesan. Setelah 9 hari barulah kami dibenarkan keluar wad.


Bil keseluruhan adik berjumlah RM7901.80. Saya bersyukur kerana syarikat tempat bekerja mempunyai kemudahan perubatan yang turut melindungi isteri dan anak. Had tahunan yang diberikan oleh syarikat adalah RM60 ribu setahun dan tahun ni sahaja sudah guna hampir RM10 ribu untuk adik. Betapa pentingnya dana perubatan disaat kos rawatan yang tinggi pada masa ini.


Untuk anda yang belum memiliki pelan takaful perubatan, bersegeralah untuk ambil. Kerana sakit atau kemalangan tidak mengira usia. Kami di Zurich Takaful mempunyai plan takaful perubatan yang komprehensif dan mampu milik. Juga satu-satu plan medical card yang memberikan diskaun tahunan jika tiada tuntutan dibuat.



Dengan serendah RM44 sebulan atau RM1.46/hari anda layak untuk mendapat perlindungan tanpa had seumur hidup. Anda mempunyai akses kepada dana jaminan bersama bernilai puluhan juta ringgit. Dengan medical card, simpanan tunai dan aset anda dilindungi dari kos tinggi disebabkan penyakit.

Mohonlah sekarang untuk medical card Zurich Takaful. Hubungi saya di 0192757055 untuk temujanji segera. Mohon sekarang sewaktu anda masih sihat dan layak.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Takaful Tagged With: kad perubatan, medical card, zurich takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

%d