Baru-baru ini tersebar berita mengenai artis memohon di kecualikan cukai untuk barang-barang seperti alat solek yang mereka beli untuk mencantikkan penampilan diri. Wajar atau tidak? Bagi saya tidak wajar. Kita ketepikan bicara politik mengenai kemungkinan wang cukai kita digunakan pada perkara yang tidak sewajarnya. Kerajaan mengutip cukai untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas kepada rakyat seperti hospital, sekolah, jalan raya, belanja pertahanan, penggajian kakitangan awam, askar dan polis dan sebagainya. Selain dari kutipan cukai, kerajaan juga mempunyai pelbagai cara untuk menambahkan pendapatan seperti pelaburan dan sebagainya. Tanpa cukai tiadalah kerajaan dan adanya kerajaan adanya cukai. Jadi setiap rakyat dimestikan membayar cukai untuk menampung kos-kos yang disebutkan tadi, walaupun apa jua kerjaya dan kedudukan anda. Amat tidak adil jika hanya artis sahaja diberi pengecualian sedangkan alat kosmetik juga dibeli oleh orang kebanyakan.
Jika di luar negara, tidak membayar cukai merupakan satu kesalahan besar, tidak kiralah samada anda orag yang terkenal atau tidak. Lihat bagaimana pemain bola sepak terkemuka dunia seperti Lionel Messi disuruh datang ke mahkamah kerana dituduh tidak membayar cukai. Jadi berlaku adillah kepada pembayar cukai yang lain, jangan disebabkan rupa paras sahaja cantik tetapi tidak membayar cukai.
Untuk info, beberapa pelepasan diberikan oleh kerajaan untuk taksiran cukai. Sila lihat laman web rasmi LHDN di sini. Gunakanlah pelepasan cukai yang diberikan dengan sebaik mungkin. Apa yang menarik, kerajaan telah memperuntukkan pelepasan sebanyak RM6 ribu setahun untuk sijil takaful gantian gaji/takafulife dan RM3 ribu lagi untuk kad perubatan. Dengan kata lain, kerajaan menggalakkan rakyat untuk memiliki sijil takaful sebagai dana jaminan di waktu yang memerlukan (sakit atau kemalangan). Amat rugi jika kita tidak menggunakan kemudahan yang diberikan ini.
Marilah kita menjadi rakyat yang menunaikan tanggungjawab kepada negara. Kita akui masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki, namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak peduli.
P/S: Call/WhatsApp 019.275.7055 untuk pakej takaful terbaik.
Leave a Reply