Semalam sewaktu balik kerja, ketika sedang menunggu lampu trafik menjadi hijau, tiba-tiba lampu trafik rosak. Terus berlaku kesesakan yang sangat teruk. Lokasi kejadian di persimpangan antara Federal Highway dengan Jalan Subang sebelum Plaza Tol Batu Tiga. Persimpangan ini antara yang paling sibuk di Shah Alam. Memang saya setiap hari melalui persimpangan ini untuk ke Lebuhraya Elite.
Memang kerap kali berlaku kerosakan lampu trafik di persimpangan ini bagai tiada penyelesaian. Ketika kesesakan itu saya menghubungi pihak PLUS di 1800 88 0000 untuk melaporkan, begini lebih kurang perbualan kami.
PLUS (wanita) : Selamat malam PLUS apa yang boleh saya bantu?
Saya : Saya nak melaporkan kerosakan lampu trafik di Persimpangan sebelum Tol Batu Tiga.
PLUS : Oh yang SELALU rosak tu ke?
Saya : YA! ( agak tebal sikit suara)
Dah tahu selalu rosak apa tindakan yang telah dibuat? Apa yang menyebabkan selalu rosak? Sepatutnya sudah ada penyelesaian dari pihak kejuruteraan PLUS untuk menangani masalah ini. Diharap pihak PLUS dapat bertindak dengan segera agar ianya tidak kerap berulang.
Nasib agak baik kerana sewaktu lampu tiba-tiba rosak, saya sudah berada berdekatan dengan persimpangan. Itupun 20 minit juga la sebelum lepas dari kesesakan. Kalau masih terkebelakang tak tahlah berapa jam pula.
Untuk kawasan di bawah selenggaraan PLUS, anda boleh menghubungi nombo 1800-88-0000 jika berlaku apa-apa kerosakan berkaitan dengan mereka.
Leave a Reply