Browsing Tag

zurich takaful

Gantian Pendapatan, Medical Card, Takaful, Umum

Tak Perlu Ambil Takaful Sebab Dah Mencarum PERKESO?

22nd December 2017

“Saya tak perlukan Takaful. Sebab saya ada mencarum Perkeso. Ada pencen ilat lagipun. Kalau kena sakit kritikal, semua dah cover.” kata seorang kawan.

Untuk pengetahuan anda, Perkeso cover kanser bila stage 3 dan 4 sahaja, iaitu bila sel kanser dah mula merebak ke seluruh badan. Peluang untuk sembuh agak sukar masa ni sebab sel kanser dah mula merebak. Prosedur untuk membuat tuntutan juga mengambil masa sehingga berbulan dan boleh menyebabkan implikasi kewangan yang serius.

Takaful pula cover kanser sejak dari peringkat Carcinoma In Situ (stage 0) untuk beberapa jenis kanser dan dari stage 1 untuk semua jenis kanser. Maknanya Takaful membolehkan anda membuat rawatan kanser lebih awal dan wujudkan pendapatan gantian bila terpaksa cuti/resign dari kerja. Rawatan awal bermakna, peluang untuk sembuh lebih cerah. Ramai pesakit yang bermasalah dalam menyediakan dana rawatan menyebabkan rawatan tertangguh hingga keadaan menjadi semakin kritikal.

Kelebihan Takaful

1. Rawatan serta merta dari peringkat awal
2. Bil rawatan dibayar sepenuhnya
3. Ganti pendapatan yang hilang akibat cuti/resign
4. Melindungi hampir semua keadaan

Perkeso pula terhad kepada lingkungan pekerjaan sahaja seperti cover kemalangan pergi dan balik dari tempat kerja dan kemalangan di tempat kerja. Selain dari itu adalah tidak cover. Berbeza dengan takaful yang melindungi hampir semua keadaan. Walaupun perkeso juga mempunyai skim perlindungan luar pekerjaan, namun ianya adalah terhad, berbeza dengan takaful yang mempunyai jumlah perlindungan yang sesuai dengan pendapatan sebelum berlakunya musibah.

Kita sering mencari alasan untuk menolak Takaful seperti kita ini akan sentiasa tak akan sakit. Apabila kita betul-betul memerlukan dana untuk rawatan tertentu, orang lain pula akan beri anda alasan bila anda terpaksa meminta-minta. Dapatkan perlindungan takaful yang sesuai dengan anda sewaktu anda masih layak. Hubungi saya di 0192757055 atau terus klik [sini] untuk ke aplikasi WhatsApp.

Medical Card, Takaful, Testimoni

Pengalaman Pertama Kali Guna Medical Card di Hospital Swasta

24th September 2017

Salam semua. Dalam blog entri kali ini saya ingin berkongsi pengalaman klien saya yang pertama kali menggunakan medical card untuk rawatan di hospital swasta. Beliau menerima rawatan selama 9 hari di hospital KPJ Kajang. Klien merupakan seorang kakitangan awam dan tinggal di Putrajaya. Klien ini baru ambil medical card dengan saya pada bulan Januari 2017.

Kisah ini berlaku pada bulan Ramadhan lalu iaitu bulan Jun 2017, 5 bulan setelah medical card beliau aktif. Mula-mula demam biasa dan setelah 2-3 hari demam tidak berkurang, beliau pergi ke Klinik Kesihatan untuk membuat pemeriksaan darah. Keputusannya negatif untuk denggi dan lain- lain jenis demam virus. Dapat ubat demam. Kebetulan plan nak balik kampung. Dalam demam digagahkan juga untuk balik kampung. Di kampung keadaan menjadi semakin serius dengan demam dan ruam pada muka. Pergi ke kaunter emergency di hospital dan buat pemeriksaan darah semula. Namun keputusan masih negatif. Pulang ke Putrajaya sekali lagi buat pemeriksaan darah namun begitu keputusannya juga negatif.

Setelah demam hampir seminggu saya pun menasihatkan beliau untuk ke KPJ Kajang untuk berjumpa dengan pakar. Sampai di pendaftaran, pihak hospital bertanya samada untuk bayar sendiri atau menggunakan takaful, beliau menunjukkan medical card Zurich Takaful dan pihak hospital membuat urusan selanjutnya iaitu proses permohonan GL. Alhamdulillah GL beliau diluluskan dalam masa kurang sejam. Beliau membayar deposit RM300 (deposit dipulangkan semula) dan dibawa ke wad. Klik sini –>[kenapa hospital ambil deposit]

Setelah GL diluluskan, doktor terus mencadangkan untuk membuat pemeriksaan terperinci iaitu sampel darah, MRI dan CT Scan untuk mengetahui punca demam yang tidak berkurang lebih seminggu. Alhamdulillah setelah 2-3 kali doktor membuat pemeriksaan, doktor merumuskan masalah beliau adalah dari komplikasi hati. Bacaan normal adalah 50pt dan hari itu bacaan untuk beliau adalah 500pt! Doktor pun memberikan rawatan yang sesuai kepada beliau dan alhamdulillah keadaan semakin pulih hari demi hari.

Alhamdulillah setelah 9 hari berada dalam wad, beliau diboleh untuk pulang. Pihak hospital membuat urusan daftar keluar dan membuat bil. Jumlah keseluruhan bil adalah RM9,656.95 dan kesemuanya dibayarkan oleh Zurich Takaful. Beliau cuma membayar RM12.72 kos pengurusan yang ditolak dari deposit yang dibayar pada awal kemasukan wad sebelumnya.

Setelah itu, pemeriksaan susulan atau follow up juga dibayar oleh Zurich Takaful secara bayar dulu dan tuntut atau pay n claim. Bil rawatan susulan yang dibayar terus dimasukkan ke dalam akaun bank beliau sebaik sahaja diluluskan.

Kisah yang saya kongsikan di sini bukan bertujuan untuk memperkecilkan hospital atau klinik kerajaan kerana kadang-kadang diagnosis penyakit juga bergantung kepada doktor yang merawat. Dengan mempunyai medical card, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta untuk yang mungkin membolehkan anda memendekkan masa menunggu untuk membuat pemeriksaan doktor pakar. Musibah seperti kemalangan atau penyakit datang tanpa kita minta namun apa yang boleh kita lakukan adalah membuat persediaan dengan memastikan kita mempunya perlindungan takaful. Lihat entri –> [doktor kerajaan saran ambil takaful]

Hakikat hari ni setiap hari kita dihadapkan dengan cerita sedih berkenaan kemalangan dan sakit yang menyebabkan hilang punca pendapatan atau memerlukan kos perubatan yang besar namun apa reaksi masyarakat di alam maya? Mereka hanya menekan emocticon sedih yang menggambarkan rasa simpati, yang nyata sangat sedikit yang menghulurkan bantuan kewangan. Di sini anda akan mempunyai jaminan kewangan jika anda mempunyai caruman takaful. Semua bil-bil anda akan diselesaikan sehingga anda pulih semula. 

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai medical card tanpa had seumur hidup dengan diskaun 20% di sini –> [Medical Card Diskaun 20%]. 

Saya sedia membantu anda untuk memberikan khidmat nasihat berkenaan takaful secara terperinci dengan call 0192757055 atau terus klik –> [sini] jntuk terus ke aplikasi whatsapp saya. 

Gantian Pendapatan, hibah, Takaful

Sejauh Mana Kepentingan Takaful Hibah?

5th August 2017

Hari ni bila ada konsultan takaful bercerita dan mencadangkan pelan hibah kepada kita, kita anggap ianya satu yang tidak penting. Namun bila kita dalam situasi yang memerlukan hibah sebagai sokongan kewangan apabila perkara yang tidak dirancang berlaku, barulah kita mengakui pentingnya hibah takaful itu. Satu kisah benar dikongsikan di laman Facebook untuk kita jadikan panduan dan lebih kesedaran dalam perancangan hibah untuk keluarga kita sendiri.

>>Panduan mendapatkan perlindungan takaful maksima (hibah + medical card) dengan bayaran terendah klik [sini]<<

Cerita yang dikongsikan ini merupakan satu dari banyak lagi cerita-cerita yang biasa kita dengar berkenaan waris yang menempuh kesukaran apabila berlaku perkara yang tidak dirancang. Apa salahnya kita korbankan sedikit dari perbelanjaan untuk mengambil pelan takaful hibah untuk keluarga kita. Di Zurich Takaful, pelan hibah serendah RM50 sebulan, jauh lebih rendah dari perbelanjaan untuk internet atau juga rokok. Anda hanya perlu rancang kewangan sahaja untuk membolehkan anda mempunyai pelan hibah ini. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan hibah Zurich Takaful, boleh hubungi saya di 0192757055 atau terus ke aplikasi WhatsApp saya di [sini].

FPP, Medical Card, Takaful, Umum

UKM Specialist Center Antara Hospital FPP Kerajaan Terbaik

1st July 2017

Kerajaan telah melaksanakan program Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient (FPP) di hospital terpilih ( 7 hospital setakat ini ) dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan lebih baik dan cepat setanding dengan hospital swasta dan juga sebagai satu langkah kerajaan untuk mengelakkan penghijrahan doktor pakar ke sektor swasta. Rujuk kenyataan KP Kesihatan [di sini]

Pusat Pakar UKM ini terletak di tingkat 7, sama bangunan dengan HUKM. Ianya diuruskan oleh syarikat UKM Kesihatan Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan kesihatan. Mereka akan menguruskan bayaran, guarantee letter (GL) dari insuran/takaful sebelum rawatan dimulakan.
Oleh kerana pusat pakar ini adalah program pesakit bayar penuh, deposit diperlukan sebelum kemasukan. Kadar deposit adalah seperti gambar di atas. Ia adalah lebih rendah sedikit berbanding hospital swasta. Jika anda mempunyai pelan takaful / insuran, deposit yang diperlukan hanya RM300. Itu pun akan dipulangkan semula setelah rawatan selesai. Bagi yang tidak mempunyai pelan takaful, anda boleh membayar menggunakan tunai, kad kredit atau kad debit. Rujuk post [medical card mampu milik] untuk maklumat mengenai medical card dengan diskaun 20%.

Pusat pakar ini mempunyai ramai doktor pakar yang sedia memberikan perkhidmatan dan konsultasi terbaik untuk para pesakit. Adakalanya doktor perlu berbincang bagaimana rawatan dan penyelesaian terbaik untuk pesakit mereka. Dengan senarai doktor seramai ini, mungkin ianya satu kelebihan untuk pesakit di pusat pakar ini.
Keadaan pusat rawatan yang tenang dan tidak sesak juga memberikan kelebihan kepada para pesakit dan doktor untuk lebih memberikan tumpuan agar rawatan dan proses penyembuhan dapat dilakukan dengan lebih selesa dan cepat. 
Antara doktor pakar di pusat pakar ini adalah pakar bedah tulang belakang (spinal) iaitu Dr. Mohd Hisam. Beliau telah berjaya membantu ramai pesakit scoliosis atau tulang belakang membengkok kerana pelbagai faktor. Termasuklah ibu kami yang menjalani pembedahan implan pada bulan Januari lalu. Kos keseluruhan RM48 ribu untuk barang implan sahaja. Apa pun kosnya kami cukup berterima kasih kepada Doktor Hisam dan pasukannya kerana bertungkus lumus dalam membantu ibu kami. Alhamdulillah dengan izinNya ibu kami kembali pulih.
Secara umumnya, perkhidmatan kesihatan dapat ditambah baik dengan peranan syarikat takaful dan insuran. Ini kerana kos penyediaan rawatan yang tinggi dari segi peralatan, ubatan dan bayaran professional haruslah setimpal dengan kesukaran kerja yang dilakukan. Inilah sebabnya kerajaan sekarang menubuhkan pusat pakar dengan program bayaran penuh. Alhamdulillah, pusat pakar UKM ini merupakan panel hospital Zurich Takaful sejak awal lagi. Dengan takaful, pesakit tidak perlu mengeluarkan wang simpanan atau terpaksa berhutang dengan kad kredit untuk mendapatkan rawatan pakar yang cepat dan selesa. 

Mohonlah pelan takaful anda sewaktu anda masih sihat. Takaful tidak boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi dengan kesihatan. Medical card Zurich Takaful memberi perlindungan yang komprehensif dengan harga yang sangat berpatutan. Juga satu-satunya medical card yang memberi diskaun tunai 20% jika tiada tuntutan untuk menjadikan caruman bulanan lebih murah. Klik pautan ini [Medical card dengan diskaun 20%] untuk maklumat lanjut atau Call/sms 0192757055 atau terus klik [sini] untuk terusk ke aplikasi WhatsApp admin. Sharekan post ini jika ia membantu.

FPP, Medical Card, Takaful

Gantian Pendapatan, Takaful

Mengapa Anda Memang Perlukan Takaful Gantian Pendapatan?

28th June 2017

Sering kali kita dengar berita berkenaan dengan diri dan keluarga (waris) kehilangan punca pendapatan disebabkan kematian awal atau ditimpa sakit kritikal sebelum umur persaraan. Apabila punca pendapatan terhenti, berlaku kesusahan untuk meneruskan kehidupan bagi diri sendiri mahupun keluarga (waris) yang ditinggalkan.

Keratan akhbar begini bukanlah tujuan mengaibkan keluarga tertentu, kebiasaannya adalah bertujuan untuk meraih simpati orang ramai untuk memberikan sumbangan. Ramai juga yang memberikan sumbangan. Juga sebagai peringatan kepada yang lain akan pentingnya menjaga keselamatan dan juga penjagaan kesihatan. 

Kesulitan akibat masalah punca pencarian bukan sahaja melibatkan isteri, malah anak-anak juga akan terjejas. Bagaimana emosi, pembelajaran mereka akan terganggu malah ada yang terpaksa menyerahkan anak kepada penjaga lain akibat kesempitan. Di sini lah anda harus berfikir jika anda atau keluarga hilang punca pendapatan akibat kematian awal, lumpuh atau sakit kritikal,

1. Hutang masih perlu dibayar (ansuran kereta, motor)

2. Belanja pakaian, makan, minum, sewa rumah dan utiliti masih perlu dijelaskan

3. Belanja persekolahan anak-anak

4. Kos rawatan, ubat-ubatan

5. Kos pengangkutan

6. lain-lain kos

Anda pastinya akan menghadapi kesukaran dengan kos-kos di atas. Namun begitu, anda tidak perlu terlalu bimbang dengan satu mekanisma jaminan kewangan bertulis dengan mencarum dalam pelan takaful. Pampasan yang diberikan oleh pihak takaful boleh digunakan untuk menggantikan semula pendapatan yang hilang akibat perkara-perkara yang dibincangkan di atas tadi. Dengan memperuntukkan hanya 8-10% dari pendapatan anda, menfaat berikut bakal anda peroleh,

1. Pampasan kematian (hibah kepada waris) – bayaran sekaligus kepada waris atas kematian apa jua punca orang yang dilindungi (ketua keluarga).

2. Pampasan hilang upaya kekal – bayaran sekaligus jika orang yang dilindungi hilang upaya akibat kemalangan atau sakit

3. Bayaran untuk penyakit kritikal -Bayaran bagi menampung kos rawatan penyakit kritikal seperti barah yang memakan ratus ribu ringgit. 

4. Bayaran elaun hospital- bayaran elaun hospital harian jika diwadkan

5. Medical card – Bayaran kos rawatan jika diwadkan. 

Dan banyak lagi manfaat tambahan lain. Anda tidak perlu bimbang dan rasa lebih terjamin dengan mencarum dalam pelan takaful gantian pendapatan ini. 

Dengan wang pampasan takaful, sebahagian boleh dibelanjakan dan selebihnya dilaburkan semula dalam TH atau ASB yang boleh memberikan pulangan konsisten untuk digunakan sebagai pendapatan berterusan menggantikan gaji yang telah hilang. 

Anda takkan faham betapa pentingnya untuk miliki perlindungan Takaful secukupnya ketika anda masih sihat. Bila dianjurkan agar mencarum 10% dari gaji pun rasa tinggi, walhal anda masih mempunyai baki 90% lagi untuk buat perkara lain.

Tapi bila anda sudah sakit kritikal, atau sudah hilang keupayaan bekerja, tiba-tiba caruman 10% gaji terasa murah sangat, sebab anda terdesak mahukan duit segera. Malahan jika disuruh bayar caruman 2x ganda pun anda sanggup!

Anda perlu sedar bahawa Takaful bukan aqad pertukaran wang kecil kepada wang besar. Kerana anda berfikir macam tu lah, ramai yang tunggu dah sakit, baru teringat nak mohon Takaful, dengan harapan boleh tukar duit kecil menjadi pampasan berlipat ganda. Malangnya, Anda sudah tak layak lagi waktu itu.

>>Panduan memaksimakan perlindungan takaful dengan bayaran terendah klik [sini]<<

Pesanan saya mohonlah takaful secepat yang mungkin. Untuk maklumat lanjut mengenai takaful gantian pendapatan, call 0192757055 atau klik [sini] untuk terus ke aplikasi whatsapp saya. Caruman serendah RM50 sebulan. 

error: Content is protected !!