Browsing Tag

servis aircond kereta

Kereta, Umum

Cara Servis Aircond Kereta Untuk Penyejukan Optima

1st January 2018


Anda rasa aircond kereta anda kurang sejuk disebabkan angin aircond perlahan? Jika ya, anda perlu melakukan servis sistem aircond kereta anda. Baru-baru ini saya telah menghantar kereta untuk buat servis aircond kerana rasa kurang sejuk dan angin yang keluar agak perlahan.


Sebelum itu, mari kita kenal dahulu sistem aircond kereta kita. Sistem terdiri dari beberapa komponen iaitu compressor, kondensor, dryer, expansion valve, blower dan evaporator.

1. Compressor
Komponen terpenting dalam sistem aircond umpama jantung. Berfungsi menaikkan tekanan tinggi kepada gas penyejuk.

2. Condensor
Proses pertukaran gas panas kepada cecair pada sistem bertekanan tinggi. (Seperti spray deodorant)

3.Dryer
Mengasingkan bendasing dan kelembapan dalam gas penyejuk

4. Expansion valve
Satu lubang kecil yang melepaskan gas penyejuk dalam keadaan cecair bertekanan tinggi kepada bentuk gas pada tekanan rendah.

5. Evaporator
Proses pemeruwapan berlaku di dalam alat ini dan menyejukkannya. Angin dari blower akan melalui alat ini, menjadi sejuk untuk dihantar ke dalam kabin.

6. Blower
Meniup angin melalui evaporator atau nama lainnya cooling coil seterusnya menghasilkan angin yang sejuk.


Rajah di atas menunjukkan bagaimana operasi aircond sesebuah kereta. Gas penyejuk akan dimampatkan pada tekanan tinggi oleh compressor. Pergerakan molekul gas menjadi cepat menyebabkan suhu menjadi panas. Kemudian ia melalui condensor di mana gas panas bertemu dengan angin luar. Proses kondensasi berlaku menyebabkan gas tadi menjadi bentuk cecair pada tekanan tinggi. Ini sama dengan kondensasi yang berlaku bila segelas air sejuk diletakkan pada suhu luar. Terdapat air terhasil pada dinding gelas.

Gas dalam bentuk cecair bertekanan tinggi tadi akan keluar melalui lubang pada expansion valve dengan halaju tinggi seterusnya menurunkan suhu gas tersebut kerana pemeruwapan. gas yang menjadi sejuk akan melalui evaporator atau cooling coil dan menyejukkan kabin kereta. Contoh yang sama seperti deodorant. Jika kita goncang botol terasa seperti ada cecair (gas bertukar kepada cecair) dan bila kita sembur, gas keluar melalui lubang deodarant dan menyejukkan.

Sumber: Valeo youtube

Servis aircond yang biasa dibuat adalah membersihkan evaporator atau cooling coil dan menukar gas dalam sistem. Process ini amat rumit dan memerlukan mereka yang pakar dalam bidang servis aircond.


Mula-mula gas aircond sedia ada dikeluarkan menggunakan mesin khas. Ini untuk membolehkan sistem dikosongkan untuk proses membuka cooling coil.

Cooling coil biasanya terletak di bawah dahsboard. Perlu untuk membuka beberapa penutup di bahagian bawah sebelum boleh membuka cooling coil. Pastikan proses ini dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan dari kerosakan barang. Bergantung kepada jenis kenderaan, proses mengeluarkan cooling coil boleh menjadi rumit sehingga ada yang perlu membuka keseluruhan dashboard.


Inilah gambar evaporator atau cooling coil yang tak pernah diservis. Lihat habuk dan lumut yang melekat padanya. Habuk dan lumut ini akan menghalang angin dari menembusi cooling coil untuk ke dalam kabin menyebabkan simptom angin perlahan dan kurang sejuk sewaktu keadaan cuaca panas. Pernahkah anda perasan selepas anda cuci kipas yang berhabuk, kipas berpusing lebih laju dan sejuk? Begitu juga dengan cooling coil ini.


Selepas dikeluarkan, cooling coil akan diperiksa jika ada kebocoron. Jika aircond anda masih sejuk, pasti tiada kebocoran pada cooling coil. Jika selalu top up gas, kebarangkalian kebocoran adalah tinggi.


Selepas itu, kekotoran pada cooling coil dibersihkan menggunakan water jet. Semua kekotoran yang menjadi penghalang angin dikeluarkan dan dibersihkan.


Selepas cooling coil dipasang semula, gas aircond diisi kembali menggunakan mesin khas. Selepas gas diisi, sistem akan dibiarkan berjalan beberapa ketika sehingga stabil. Pastikan anda memastikan aircond sejuk dan lancar.

Perkhidmatan servis aircond ini boleh didapati di mana-mana namun pastikan anda mencari yang betul-betul pakar sahaja. Biasanya, pakar hanya membuat satu kerja sahaja seperti kedai aircond. Bermakna itulah kemahiran mereka. Bayaran servis adalah sekitar RM250-RM350 tanpa menukar apa-apa komponen.

Ini adalah satu cara mengoptimumkan penyejukan aircond kereta anda namun jika aircond anda langsung tidak sejuk berkemungkinan berlaku kebocoran pada sesuatu komponen (biasanya cooling coil) dan jika sekejap panas atau sekejap sejuk berkemungkinan ‘magnetic clutch’ pada kompressor atau kompressor itu sendiri sudah rosak. Kongsikan artikel ini jika bermanfaat.

error: Content is protected !!