Browsing Tag

medica2015

Gantian Pendapatan, Medical Card, Takaful, Umum

Tak Perlu Ambil Takaful Sebab Dah Mencarum PERKESO?

22nd December 2017

“Saya tak perlukan Takaful. Sebab saya ada mencarum Perkeso. Ada pencen ilat lagipun. Kalau kena sakit kritikal, semua dah cover.” kata seorang kawan.

Untuk pengetahuan anda, Perkeso cover kanser bila stage 3 dan 4 sahaja, iaitu bila sel kanser dah mula merebak ke seluruh badan. Peluang untuk sembuh agak sukar masa ni sebab sel kanser dah mula merebak. Prosedur untuk membuat tuntutan juga mengambil masa sehingga berbulan dan boleh menyebabkan implikasi kewangan yang serius.

Takaful pula cover kanser sejak dari peringkat Carcinoma In Situ (stage 0) untuk beberapa jenis kanser dan dari stage 1 untuk semua jenis kanser. Maknanya Takaful membolehkan anda membuat rawatan kanser lebih awal dan wujudkan pendapatan gantian bila terpaksa cuti/resign dari kerja. Rawatan awal bermakna, peluang untuk sembuh lebih cerah. Ramai pesakit yang bermasalah dalam menyediakan dana rawatan menyebabkan rawatan tertangguh hingga keadaan menjadi semakin kritikal.

Kelebihan Takaful

1. Rawatan serta merta dari peringkat awal
2. Bil rawatan dibayar sepenuhnya
3. Ganti pendapatan yang hilang akibat cuti/resign
4. Melindungi hampir semua keadaan

Perkeso pula terhad kepada lingkungan pekerjaan sahaja seperti cover kemalangan pergi dan balik dari tempat kerja dan kemalangan di tempat kerja. Selain dari itu adalah tidak cover. Berbeza dengan takaful yang melindungi hampir semua keadaan. Walaupun perkeso juga mempunyai skim perlindungan luar pekerjaan, namun ianya adalah terhad, berbeza dengan takaful yang mempunyai jumlah perlindungan yang sesuai dengan pendapatan sebelum berlakunya musibah.

Kita sering mencari alasan untuk menolak Takaful seperti kita ini akan sentiasa tak akan sakit. Apabila kita betul-betul memerlukan dana untuk rawatan tertentu, orang lain pula akan beri anda alasan bila anda terpaksa meminta-minta. Dapatkan perlindungan takaful yang sesuai dengan anda sewaktu anda masih layak. Hubungi saya di 0192757055 atau terus klik [sini] untuk ke aplikasi WhatsApp.

Kewangan, Medical Card, Takaful

Mengapa Hospital Ambil Deposit Sebelum Rawatan?

10th May 2017


MENGAPA HOSPITAL AMBIL DEPOSIT?

Deposit diperlukan sebagai jaminan bayaran dari pesakit untuk menerima rawatan. Ini kerana pihak hospital tidak boleh memulakan rawatan tanpa jaminan kewangan.


Jika membayar tunai atau kredit kad anda perlu sediakan minima RM2000 sebagai deposit. Malah jika membabitkan pembedahan, deposit perlu dibayar adalah 90% dari jumlah jangkaan kos. Dan jika deposit berkurangan (setelah rawatan berjalan) anda perlu ‘top up’ deposit dalam masa 24jam. Mungkin terpaksa mengeluarkan simpanan atau swipe lagi kad kredit anda (wang simpanan habis semakin banyak berhutang).

Jika anda mempunyai medical card, deposit hanya dalam lingkungan RM300-RM500. Dan bayaran deposit ini akan dipulangkan semula. Bil beribu-ribu semuanya telah dibayarkan oleh takaful. Tak perlu berhutang. Mohonlah medical card sewaktu anda masih layak.


Dapatkan medical card dengan diskaun 20% di sini
👉http://bit.ly/Diskaun20Peratus

atau PM saya di 0192757055 (Azizul)
#BijakTakaful #SedarTakaful #ZurichTakaful

error: Content is protected !!