Archives

Kereta, Umum

Cara Servis Aircond Kereta Untuk Penyejukan Optima

1st January 2018


Anda rasa aircond kereta anda kurang sejuk disebabkan angin aircond perlahan? Jika ya, anda perlu melakukan servis sistem aircond kereta anda. Baru-baru ini saya telah menghantar kereta untuk buat servis aircond kerana rasa kurang sejuk dan angin yang keluar agak perlahan.


Sebelum itu, mari kita kenal dahulu sistem aircond kereta kita. Sistem terdiri dari beberapa komponen iaitu compressor, kondensor, dryer, expansion valve, blower dan evaporator.

1. Compressor
Komponen terpenting dalam sistem aircond umpama jantung. Berfungsi menaikkan tekanan tinggi kepada gas penyejuk.

2. Condensor
Proses pertukaran gas panas kepada cecair pada sistem bertekanan tinggi. (Seperti spray deodorant)

3.Dryer
Mengasingkan bendasing dan kelembapan dalam gas penyejuk

4. Expansion valve
Satu lubang kecil yang melepaskan gas penyejuk dalam keadaan cecair bertekanan tinggi kepada bentuk gas pada tekanan rendah.

5. Evaporator
Proses pemeruwapan berlaku di dalam alat ini dan menyejukkannya. Angin dari blower akan melalui alat ini, menjadi sejuk untuk dihantar ke dalam kabin.

6. Blower
Meniup angin melalui evaporator atau nama lainnya cooling coil seterusnya menghasilkan angin yang sejuk.


Rajah di atas menunjukkan bagaimana operasi aircond sesebuah kereta. Gas penyejuk akan dimampatkan pada tekanan tinggi oleh compressor. Pergerakan molekul gas menjadi cepat menyebabkan suhu menjadi panas. Kemudian ia melalui condensor di mana gas panas bertemu dengan angin luar. Proses kondensasi berlaku menyebabkan gas tadi menjadi bentuk cecair pada tekanan tinggi. Ini sama dengan kondensasi yang berlaku bila segelas air sejuk diletakkan pada suhu luar. Terdapat air terhasil pada dinding gelas.

Gas dalam bentuk cecair bertekanan tinggi tadi akan keluar melalui lubang pada expansion valve dengan halaju tinggi seterusnya menurunkan suhu gas tersebut kerana pemeruwapan. gas yang menjadi sejuk akan melalui evaporator atau cooling coil dan menyejukkan kabin kereta. Contoh yang sama seperti deodorant. Jika kita goncang botol terasa seperti ada cecair (gas bertukar kepada cecair) dan bila kita sembur, gas keluar melalui lubang deodarant dan menyejukkan.

Sumber: Valeo youtube

Servis aircond yang biasa dibuat adalah membersihkan evaporator atau cooling coil dan menukar gas dalam sistem. Process ini amat rumit dan memerlukan mereka yang pakar dalam bidang servis aircond.


Mula-mula gas aircond sedia ada dikeluarkan menggunakan mesin khas. Ini untuk membolehkan sistem dikosongkan untuk proses membuka cooling coil.

Cooling coil biasanya terletak di bawah dahsboard. Perlu untuk membuka beberapa penutup di bahagian bawah sebelum boleh membuka cooling coil. Pastikan proses ini dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan dari kerosakan barang. Bergantung kepada jenis kenderaan, proses mengeluarkan cooling coil boleh menjadi rumit sehingga ada yang perlu membuka keseluruhan dashboard.


Inilah gambar evaporator atau cooling coil yang tak pernah diservis. Lihat habuk dan lumut yang melekat padanya. Habuk dan lumut ini akan menghalang angin dari menembusi cooling coil untuk ke dalam kabin menyebabkan simptom angin perlahan dan kurang sejuk sewaktu keadaan cuaca panas. Pernahkah anda perasan selepas anda cuci kipas yang berhabuk, kipas berpusing lebih laju dan sejuk? Begitu juga dengan cooling coil ini.


Selepas dikeluarkan, cooling coil akan diperiksa jika ada kebocoron. Jika aircond anda masih sejuk, pasti tiada kebocoran pada cooling coil. Jika selalu top up gas, kebarangkalian kebocoran adalah tinggi.


Selepas itu, kekotoran pada cooling coil dibersihkan menggunakan water jet. Semua kekotoran yang menjadi penghalang angin dikeluarkan dan dibersihkan.


Selepas cooling coil dipasang semula, gas aircond diisi kembali menggunakan mesin khas. Selepas gas diisi, sistem akan dibiarkan berjalan beberapa ketika sehingga stabil. Pastikan anda memastikan aircond sejuk dan lancar.

Perkhidmatan servis aircond ini boleh didapati di mana-mana namun pastikan anda mencari yang betul-betul pakar sahaja. Biasanya, pakar hanya membuat satu kerja sahaja seperti kedai aircond. Bermakna itulah kemahiran mereka. Bayaran servis adalah sekitar RM250-RM350 tanpa menukar apa-apa komponen.

Ini adalah satu cara mengoptimumkan penyejukan aircond kereta anda namun jika aircond anda langsung tidak sejuk berkemungkinan berlaku kebocoran pada sesuatu komponen (biasanya cooling coil) dan jika sekejap panas atau sekejap sejuk berkemungkinan ‘magnetic clutch’ pada kompressor atau kompressor itu sendiri sudah rosak. Kongsikan artikel ini jika bermanfaat.

Kerja Kosong, kerja kosong kerajaan

Jawatan Kosong Pelbagai Perbadanan Putrajaya – Tarikh Tutup 5 Januari 2018

23rd December 2017


Perbadanan Putrajaya, badan yang menguruskan hal PBT di Putrajaya telah membuka pelbagai jawatan kosong untuk di isi kepada mereka yang layak dan berminat untuk bekerja di Putrajaya.

Permohonan perlu dibuat secara online bermula 23 Disember 2017 hingga 05 Januari 2018 melalui borang permohonan di lama web http://www.jobsmalaysia.gov.my Kongsikan info ini dengan mereka yang berminat.

Gantian Pendapatan, Medical Card, Takaful, Umum

Tak Perlu Ambil Takaful Sebab Dah Mencarum PERKESO?

22nd December 2017

“Saya tak perlukan Takaful. Sebab saya ada mencarum Perkeso. Ada pencen ilat lagipun. Kalau kena sakit kritikal, semua dah cover.” kata seorang kawan.

Untuk pengetahuan anda, Perkeso cover kanser bila stage 3 dan 4 sahaja, iaitu bila sel kanser dah mula merebak ke seluruh badan. Peluang untuk sembuh agak sukar masa ni sebab sel kanser dah mula merebak. Prosedur untuk membuat tuntutan juga mengambil masa sehingga berbulan dan boleh menyebabkan implikasi kewangan yang serius.

Takaful pula cover kanser sejak dari peringkat Carcinoma In Situ (stage 0) untuk beberapa jenis kanser dan dari stage 1 untuk semua jenis kanser. Maknanya Takaful membolehkan anda membuat rawatan kanser lebih awal dan wujudkan pendapatan gantian bila terpaksa cuti/resign dari kerja. Rawatan awal bermakna, peluang untuk sembuh lebih cerah. Ramai pesakit yang bermasalah dalam menyediakan dana rawatan menyebabkan rawatan tertangguh hingga keadaan menjadi semakin kritikal.

Kelebihan Takaful

1. Rawatan serta merta dari peringkat awal
2. Bil rawatan dibayar sepenuhnya
3. Ganti pendapatan yang hilang akibat cuti/resign
4. Melindungi hampir semua keadaan

Perkeso pula terhad kepada lingkungan pekerjaan sahaja seperti cover kemalangan pergi dan balik dari tempat kerja dan kemalangan di tempat kerja. Selain dari itu adalah tidak cover. Berbeza dengan takaful yang melindungi hampir semua keadaan. Walaupun perkeso juga mempunyai skim perlindungan luar pekerjaan, namun ianya adalah terhad, berbeza dengan takaful yang mempunyai jumlah perlindungan yang sesuai dengan pendapatan sebelum berlakunya musibah.

Kita sering mencari alasan untuk menolak Takaful seperti kita ini akan sentiasa tak akan sakit. Apabila kita betul-betul memerlukan dana untuk rawatan tertentu, orang lain pula akan beri anda alasan bila anda terpaksa meminta-minta. Dapatkan perlindungan takaful yang sesuai dengan anda sewaktu anda masih layak. Hubungi saya di 0192757055 atau terus klik [sini] untuk ke aplikasi WhatsApp.

Umum

Bank Negara Lancar Wang Kertas Kenangan Sempena 60 Tahun Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Malaya

14th December 2017


Bank Negara Malaysia telah melancarkan wang kertas Kenangan sempena ulangtahun ke 60 Tahun perjanjian kemerdekaan Persekutuan Malaya. Wang kertas ini dihasilkan terhad dan mempunyai nilai yang tinggi. Spesifikasi wang kertas kenangan ini adalah seperti berikut;

Wang kertas tunggal RM600
Wang kertas bersaiz besar ini mempunyai nilai muka RM600 dan akan dijual pada harga RM1700 sehelai. Jumlah kuantiti yang akan dicetak adalah 6000 helai.

Wang kertas RM60 3 dalam 1 tanpa dipotong
Wang kertas yang belum dipotong ini mempunyai nilai muka RM180 dan akan dijual pada harga RM500 sehelai. Jumlah kuantiti yang akan dicetak adalah 6000 helai.

Wang kertas RM60 tunggal
Wang kertas tunggal ini mempunyai nilai muka RM60 dan akan dijual pada harga RM120 sehelai. Jumlah kuantiti yang akan dicetak adalah 60,000 helai.

Nota: Harga yang dinyatakan di atas adalah termasuk GST.

Wang kertas edisi kenangan ini biasanya mempunyai nilai yang tinggi selepas beberapa tahun. Tidak rugi untuk memilikinya.

Sumber: BNM

Kerja Kosong, Kerjaya, Umum

Mazda Pelawa Lepasan PMR/PT3/SPM Sertai Program Mekanik Dan Pengecatan – Tarikh Tutup 8 Disember 2017

3rd December 2017

Mazda, syarikat pengeluar kereta unggul dari Jepun melalui syarikat pengimport Prima Merdu Sdn. Bhd. dan juga pengedar jenama Mazda, Bermaz Motor Trading Sdn. Bhd. mempelawa lepasan PMR/PT3/SPM yang berminat untuk menyertai program latihan untuk menjadi mekanik dan baik pulih badan dan pengecatan. Mereka yang menyertai program ini akan diserap untuk menjadi tenaga kerja Mazda. Mereka yang berjaya dalam permohonan akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat dan juga diberikan elaun bulanan sewaktu latihan. Sila rujuk gambar di atas untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup adalah 8 Disember 2017. Kongsikan info ini dengan rakan-rakan yang lain.

Umum

Myvi Baru Telah Tiba di Show Room Sebelum Pelancaran Rasmi

15th November 2017

Model Myvi Generasi ke 3 atau Myvi serba baru yang ditunggu-tunggu kini telah tiba di bilik pameran Perodua sebelum pelancaran rasminya esok. Seperti gambar yang tertiris sebelum ini, rekaan Myvi baru ini memang cukup menarik perhatian. Rekaan Myvi baru ini sudah tidak lagi mempunyai persamaan dengan model Daihatsu Boon seperti model-model sebelum ini. Ini agak menyukarkan peminat-peminat kereta JDM untuk membuat modifikasi namun baik untuk menaikkan imej Perodua ke aras yang lebih tinggi.

Rekaan bahagian belakangnya juga lebih menarik. Nampak ada juga mirip rekaan Honda Jazz. Antenanya menggunakan jenis sirip yu, berbeza dari model sebelumnya yang menggunakan antena ekor tebuan.

Bahagian interiornya juga terdapat perubahan besar walaupun agak mirip dengan model Honda City. Head Unitnya sedikit serong ke arah pemandu untuk memudahkan kawalan sewaktu pemanduan. Untuk info lebih lanjut, sila kunjungi pusat pameran Perodua berdekatan.

error: Content is protected !!