Takaful

Kenyataan Ejen Insuran/Takaful Samakan Perkhidmatan HKL Seperti Binatang Dikecam Netizen

24th October 2017


Baru-baru ini pengguna laman sosial dikejutkan dengan kenyataan seorang ejen takaful/insuran yang menyamakan perkhidmatan Hospital Kuala Lumpur seperti binatang demi mahu menjual produk insuran/takaful syarikatnya. Kenyataan tersebut terus mendapat kecaman dari netizen kerana ianya bersifat fitnah dan penuh keraguan. Pengarah Hospital Kuala Lumpur sendiri tampil memberi penjelasan berkenaan isu itu dan ternyata ejen berkenaan membuat kenyataan liar. Berikut adalah kenyataan penuh Pengarah hospital tersebut.



Dengan penjelasan ini sepatutnya ejen tersebut tampil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka untuk mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan terhadapnya jika pihak yang difitnah mengambil tindakan. Kes ini perlu dijadikan tauladan kepada ejen-ejen yang lain kerana dalam menjual anda tak perlu menghina. Anda mewakili syarikat anda jadi ada SOP tertentu yang perlu dipatuhi dalam mempromosi dan mencari potensi prospek. Inilah yang dinamakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga! Kebaikan takaful telah dicemarkan oleh ejen-ejen yang tidak beretika.

Takaful dalam perubatan sepatutya membantu pesakit dari segi kos, walaupun diwadkan di hospital kerajaan, terdapat implan atau peralatan dan ubatan yang tidak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Pesakit perlu membayar sendiri untuk membolehkan pembedahan dijalankan oleh doktor pakar.

Lihat juga artikel lain

–>>Doktor saran ambil medical card, tegur cara ejen takaful menjual

–>>Doktor pakar perjelas mengapa ada pembedahan tidak dilakukan segera

Selain itu, kerajaan juga telah mewujudkan private wing di hospital terpilih seperti Pusat Pakar UKM, Pusat Pakar UM, Pusat Pakar UiTM dan banyak lagi. Di Pusat Pakar Swasta kerajaan ini pesakit perlu membayar penuh kos perubatan biasanya dengan insuran atau takaful perubatan/medical card. Di sinilah peranan medical card pada seseorang pesakit jika memiliki kad boleh mengurangkan masa menunggu rawatan. Ia juga membolehkan doktor di sektor awam mendapatkan bayaran yang lebih baik untuk perkhidmatan mereka yang terbaik. 

–>>Pusat Pakar UKM antara Private Wing yang terbaik

–>Doktor Pakar jawab isu kos pembedahan di hospital kerajaan

Sebagai ejen Zurich Takaful, saya lebih cenderong kepada memberi awareness atau kesedaran kepada prospek kerana seseorang tidak boleh dipaksa untuk mengambil polisi takaful. Bila prospek benar-benar faham akan fungsi takaful sebagai jaminan kepada musibah prospek akan meminta sendiri untuk memohon takaful. Hubungi saya di  0192757055 atau terus ke aplikasi WhatsApp saya di [sini] untuk maklumat berkenaan takaful insyaAllah saya akan terangkan dengan sebaiknya. 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!