Info Scam, Kewangan

Ditipu Scammer Menyamar Sebagai Rakan Facebook 

21st October 2017


Seorang pengguna Facebook telah memuat naik status berkenaan satu penipuan licik dengan mengatakan ada dana bantuan tanpa perlu membayar balik. Tetapi untuk membolehkan cek dana itu dikeluarkan, mangsa perlu mengeluarkan sejumlah wang mengikut saiz dana yang diminta. Ia menyasarkan peniaga-peniaga online kecil-kecilan yang sememangnya perlukan dana untuk membesarkan perniagaan apetah lagi jika ditawarkan secara percuma.



Si penipu ini mungkin sudah lama mengikuti Facebook mangsa, biasanya peniaga online akan menetapkan privasi akaun kepada umum untuk tujuan promosi pemasaran. Si penipu akan lihat pada facebook wall dengan siapa mangsa selalu berinteraksi. Penipu akan memuat turun gambar dan cuba mengingatkan bahawa dia adalah kawan mangsa.


Diharap kepada peniaga-peniaga online agar lebih berhati-hati dengan penipuan begini agar tidak menjadi mangsa penipuan yang licik ini. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan lain. 

Jika anda berminat untuk membantu mangsa, anda boleh terus ke link post asal beliau di [sini]. 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!