Jalan Jalan Cari Makan, Umum

Mee Udang King Batu 23 Sungai Nibong

20th October 2017


Penggemar mee udang wajib untuk mencuba mee udang king di Batu 23, Sungai Nibong, Selangor. Pelbagai menu mee menggunakan udang besar seperti mee udang, mee udang banjir, mee udang king, dan pok tek disediakan. Pertama kali admin singgah ke gerai ini sewaktu perjalanan pulang ke KL. Sampai sahaja terus order mee udang king. Tapi terlupa pula nak bertanya harganya. Aah takpelah janji dapat rasa mee udang king.


Sampai saja mee udangnya memang mengejutkan. Saiz udangnya memang cukup besar. Memang layak dipanggil udang king. Ikutkan udang besar ni di pasaran dalam RM70-80 sekilogram. Udangnya pula memang segar dari ladang.


Mee udang king berharga RM18 semangkuk. Menu paling mahal adalah Pok Tek. Dengan menu Pok Tek anda boleh makan udang besar, sotong dan ketam seekor. Kiranya amat berbaloi dengan harga.


Lokasi gerai ini bukanlah di tepi jalan besar. Anda perlu masuk sikit ke dalam dan gerai ini terletak lebih kurang 700m dari simpang jalan besar. Lihat print screen dari aplikasi waze di bawah.


Kepada penggemar mee udang, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke gerai mee udang king ini. Selamat mencuba.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!