Takaful

Perbezaan Antara Ada Takaful Dan Tiada Takaful

9th October 2017


Masih ramai yang bertangguh-tangguh atau tidak ambil peduli berkenaan pentingnya untuk memiliki pelan medical card sendiri. Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu kepentingan takaful hayat, medical card dan cara bagaimana ia melindungi dari bencana kewangan yang serius sewaktu kita menghadapi musibah iaitu sakit atau kemalangan. 

Pertama adalah kos rawatan. Abu yang tidak mempunyai perlindungan takaful mempunyai simpanan RM12,000 tiba-tiba memerlukan pembedahan dengan kos RM40,000. Oleh kerana beliau tidak mempunyai takaful, beliau terpaksa menanggung 100% kos rawatan. Wang simpanan terpaksa digunakan semua namun masih tidak mencukupi. Beliau terpaksa meminjam dari saudara mara namun tak ramai yang dapat membantu dan akhirnya terpaksa menjual harta benda yang ada untuk menampung kos rawatan. 

Manakala Ali yang mempunyai takaful dengan caruman RM200 sebulan tidak perlu mengeluarkan wang simpanan kerana kos pembedahan sebanyak RM40,000 semuanya ditanggung oleh takaful. Beliau juga menerima RM25,000 tunai untuk manfaat sakit kritikal sebagai belanja dan sijil takafulnya menjadi percuma sehingga umur 80 tahun. inilah perbezaan antara ada dan tidak ada takaful.


Testimoni di atas adalah dari seorang guru yang menjalankan pembedahan appendik di sebuah hospital swasta. Kos pembedahan semua ditanggung oleh Zurich Takaful. Beliau telah mencarum pelan takaful sejak dari tahun 2013 dan telah disahkan appendik pada tahun ini setelah demam berpanjangan beberapa hari. Doktor mendapati beliau mengalami sakit appendik dan perlukan pembedahan segera. Berbaloikah mempunyai medical card? Anda tanya yang empunya bil. 


Anda perlu jadi realistik. Dizaman ini, dikala melihat berita musibah di laman sosial, beribu-ribu orang yang akan tekan emocticon sedih, sedikit sangat yang membantu dari segi kewangan menyebabkan anda mengalami bencana kewangan yang dahsyat. Dengan adanya takaful, anda mempunyai akses kepada dana yang besar dan bil-bil rawatan anda semua dibayar oleh takaful. Jika anda hilang pekerjaan disebabkan musibah, takaful gantian pendapatan akan gantikan pendapatan yang hilang.

Ramai orang tiada Takaful sebab dia masih sihat. Kerana masih sihat, dia rasa macam membazir atau rugi untuk ambik Takaful. Tunggulah bila dah terdesak nak pakai duit, baru nak cari Takaful.

Sebab tu ramai orang cari Takaful bila dah jatuh sakit. Atau bila dah ditimpa kemalangan. Siap merayu-rayu suruh ejen adjust lagi. Sebab sangkaan dia, Takaful tu aqad tukar wang kecil kepada wang besar. Walhal Takaful tu adalah Jaminan Bertulis yang tanggung kerugian yang belum berlaku dalam hidup kita. Bukan dah berlaku, baru nak mohon. Jangan fahami Takaful ikut tafsiran sendiri. Minta maaf, ejen dan syarikat takaful bekerja secara professional dan tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan. 

Saya sedia untuk membantu anda untuk dapatkan pelan takaful yang terbaik. Anda boleh call/sms di 0192757055 atau klik –>[sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp saya.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!