Info Penipuan Kewangan, Info Scam

Senarai Syarikat Pelaburan Dalam Pemerhatian Polis Disyaki Terbabit Penipuan

8th October 2017

Polis Diraja Malaysia PDRM telah mengeluarkan senarai syarikat yang dalam pemerhatian mereka kerana disyakit terbabit dalam penipuan dalam pelaburan melibatkan wang orang ramai. Beratus-ratus laporan polis telah dibuat terhadap syarikat-syarikat berkenaan dan melibatkan kerugian berjumlah RM4.4bilion! Gambar dari sumber The Star telah memberikan senarai syarikat terbabit.


Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan apa-apa pelaburan kepada syarikat yang tersenarai di sini untuk mengelakkan kerugian. Kebanyakan syarikat-syarikat ini menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal kepada peserta yang melabur dan oleh kerana tertarik dengan janji-janji manis yang ditabur, ramai yang terjebak.

>>Lihat juga senarai syarikat yang dipantau oleh Bank Negara di sini<<

Kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan, anda dinasihatkan untuk belajar ilmu dan dapatkan informasi yang tepat dan terkini sebelum membuat keputusan. Sila kongsikan post ini kepada rakan-rakan lain.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!