Jalan Jalan Cari Makan, Travelog, Umum

Ayam Goreng Rasa Seperti KFC di Indonesia

16th September 2017

Baru-baru ini admin ke negara jiran Indonesia atas urusan kerja. Ketika mencari makan malam di sebuah pusat membeli belah, terjumpa satu kedai menjual ayam goreng yang sekali pandang seperti KFC. Namun ia bukan KFC, tetapi tertulis CFC. Admin pun pergi dekat dan lihat menunya.


Apa yang menghairankan adalah menunya juga seakan-akan KFC. Terdapat ayam goreng, salad dan juga kentang putar. Admin pun cuba untuk rasa ayam gorengnya dengan membeli hidangan ala carte 2 ketul ayam goreng.


Rasanya memang tidak ubah seperti ayam hot & spicy KFC malah mungkin lebih rangup lagi. Boleh tahan juga rasanya ayam goreng CFC ini. Bagi mereka yang mahukan kelainan hidangan ayam goreng, boleh cuba ayam goreng CFC jika berpeluang ke Indonesia.


CFC atau California Fried Chicken merupakan syarikat kepunyaan Pioneerindo Gourmet International, syarikat tempatan Indonesia. Strategi mereka adalah mengelakkan untuk bersaing secara terus dengan syarikat gergasi seperti McDonald dan KFC dengan meletakkan kiosk di tempat-tempat yang tidak mempunyai cawangan syarikat besar tersebut seperti di medan selera hospital, bandar-bandar kecil dan juga kawasan rehat lebuhraya. 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!