Kerjaya, Umum

5 Pekerjaan Part Time Yang Dibayar Dalam USD di Malaysia

29th August 2017


Terdapat pelbagai cara untuk anda meraih pendapatan dalam US dollar secara part time di Malaysia. Semuanya anda cuma perlu ada sambungan internet dan komputer atau gajet pintar. Admin memilih 5 jenis pekerjaan part time yang boleh anda lakukan untuk menambahkan pendapatan anda.

1. Online Translation


Menjadi penterjemah dalam talian boleh memberikan anda pendapatan lumayan dalam dollar Amerika. Anda perlu mendaftar dengan syarikat penyedia perkhidmatan tersebut dan menterjemah isi artikel seperti yang dikehendaki mereka.


Antara penyedia perkhidmatan terjemah dalam talian atau online translation service yang popular adalah upwork.com dan freelancer.com

2. Google Adsense


Google adsense merupakan program pay per click untuk iklan dalam website. Anda perlu mempunyai blog terlebih dahulu sebelum anda boleh mendapatkan akaun adsense. Setelah anda mempunyai blog, anda perlu pula untuk memohon account adsense dari google.


Google adsense merupakan platform paling mudah untuk anda menjana pendapatan dalam US dollar kerana anda tidak perlu melakukan kerja yang banyak. Anda mungkin berminat namun tidak ada idea langsung bagaimana nak mula? Anda boleh klik link ini untuk cara mudah untuk mulakan [google adsense]

3. Program Dropship Ali Express


Program yang semakin mendapat sambutan adalah program Dropship Ali Express. Dropship membolehkan anda tidak perlu untuk simpan stok sendiri, tidak perlu untuk membungkus dan menghantar barang. Anda cuma perlu membuat pengiklanan dan mendapatkan pelanggan secara online. Klik [sini] untuk ketahui lebih lanjut mengenai dropship Ali Express.

>>Jana pendapatan tanpa had yang halal dengan masa yang fleksibel. Klik sini untuk maklumat lanjut<<



4. Menjual produk di Ebay


Ebay merupakan satu platform jualan online yang membolehkan anda menjana pendapatan dalam US dollar. Bayangkan anda menjual produk dan pembelinya berada di US. Sudah tentu mereka akan membayar dalam USD melalui pelbagai online payment seperti PayPal. Untuk maklumat lanjut bisnes ebay ini anda boleh klik link berikut. [Bisnes Ebay]

5. Program Affiliate


Program Affiliate dengan syarikat luar negara seperi webhosting juga membolehkan anda menjana wang dalam US dollar. Setiap subscription yang masuk dibawah anda, mereka akan membayar komisen kepada anda.


Ini adalah beberapa pekerjaan yang admin kenalpasti boleh menjana pendapatan dalam USD. Mungkin ada banyak lagi peluang-peluang yang ada lagi di luar sana. Sila kongsikan post ini jika bermanfaat.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!