Travelog, Umum

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Mohon Visa Indonesia

14th August 2017


Bagi yang pertama kali ingin memohon Visa ke Indonesia, ada beberapa tips yang perlu anda ikuti agar anda tidak kecewa. Ini berdasarkan pengalaman admin sendiri ketika memohon Visa bisnes untuk ke Indonesia. Jika anda pergi melancong, anda tidak perlu untuk memohon Visa awal kerana anda boleh mendapatkan visa on arrival di kaunter imigresen. Tetapi jika anda membuat tujuan lain seperti perniagaan ataupun belajar, visa diperlukan sebelum pergi ke Indonesia. Berikut adalah tips2 yang perlu anda tahu supaya anda tidak kecewa 🙂

1. Datang Seawal Mungkin


Ini adalah keadaan pintu masuk bahagian pasport dan visa kedutaan Indonesia. Gambar ini adalah pada pukul 7:30 pagi. Bayangkan keadaan sudah sesak. Namun selain keadaan sesak dan parking yang tidak mencukupi, bukan ini sahaja yang memerlukan anda datang awal.

2. Beratur untuk dapatkan nombor giliran


Ini adalah sebab terpenting kenapa anda perlu datang awal. Ya untuk proses penapisan dokumen dan mendapatkan nombor giliran. Hanya 100-120 orang sahaja akan diterima setiap hari untuk permohonan Visa. Jika nombor ini sudah habis, kaunter akan ditutup dan anda perlu datang semula pada hari lain. Nampak macam kejam namun begitulah hakikatnya. Kaunter ini akan dibuka sekitar pukul 830 pagi. Sediakan dokumen yang secukupnya seperti gambar, surat panggilan, pasport dan lain-lain dokumen mengikut visa yang dipohon.


Setelah dokumen anda disahkan lengkap, anda akan diberikan nombor dan borang untuk diisi. Selepas itu anda perlu naik ke tingkat atas (tangga bersebelahan dengan kaunter screening dokumen), isi borang dengan lengkap dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil. Proses ini akan masa yang agak lama juga.

3. Serah dokumen di kaunter pemprosesan Visa


Transaksi bayaran di kaunter ini adalah dalam tunai sahaja. Sediakan wang tunai yang secukupnya jika tidak anda akan menyesal.


Harga Visa berbeza mengikut jenis. Anda boleh rujuk gambar di atas untuk sediakan jumlah bayaran yang secukupnya.

4. Pengambilan Visa

Jika permohonan Visa anda berjaya, Visa anda akan diproses dan siap dalam masa 4 hari. Anda perlu datang semula untuk mengambil Visa yang telah siap. Masa mengambil Visa adalah pada sebelah petang. Jangan pula anda datang pagi.

Apa-apa pun urusan Visa di kedutaan Indonesia ini tidak mudah dan masa urusan yang tidak sama seperti yang telah ditetapkan. Pokoknya anda perlu datang awal jika tidak mahu pulang kecewa. Kongsikan artikel ini jika bermanfaat.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!