Info Biasiswa, Umum

Biasiswa Program Pelajar Cemerlang (PPC) JPA 2017 Kini Dibuka

24th July 2017


JPA kini telah membuka permohonan biasiswa untuk Program Pelajar Cemerlang (PPC) bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan kedoktoran di dalam dan luar negara.

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan ijazah pertama tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2017.

Permohonan penajaan ini dibuka secara yang atas talian (online) mulai 18 Julai 2017 (Selasa) jam 9.00 pagi hingga 24 Julai 2017 (Isnin) jam 5.00 petang.

Maklumat lanjut, layari
http://www.biasiswa.net/2017/07/program-pelajar-cemerlang-ppc-tahun.html

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!