Gantian Pendapatan, Medical Card, Personal Accident, Takaful

10 Tips Menjimatkan Bayaran Takaful Anda 

22nd July 2017


Ramai yang nak jimat dalam takaful disamping itu mahu perlindungan yang maksima. Boleh ke ianya berlaku? Dalam post kali ini saya kongsikan 10 Tips Menjimatkan Bayaran Takaful Anda tanpa mengurangkan jumlah perlindungan.

1. Umur Kemasukan Awal
– Pelan takafullink (perlindungan + pelaburan) akan jadi lebih murah jika umur kemasukan awal. Jumlah perlindungan berbeza untuk mereka yang masuk pada umur 27 tahun dan 35 tahun. Klik [sini] untuk penerangan lebih lanjut.

2. Guna Kaedah Harijadi Akhir
– Sistem tarikh harijadi yang diguna pakai oleh syarikat takaful juga mempengaruhi dalam pengiraan jumlah perlindungan takaful. Kaedah harijadi akhir biasanya lebih menguntungkan. Klik [sini] untuk penerangan lanjut.

3. Pilih Pelan Standalone
– Pelan standalone membolehkan caj tabarru’ difokuskan hanya untuk perlindungan yang diambil. Contoh medical card standalone atau pelan kemalangan standalone. Caruman pelan standalone adalah lebih murah. Klik [sini] untuk pelan medical card standalone dan [sini] untuk pelan kemalangan peribadi standalone.

4. Asingkan pelan takaful hayat dengan takaful medical card
– Salah satu cara terbaik untuk menaikkan jumlah perlindungan manfaat kematian, hilang upaya dan sakit kritikal dengan caruman yang minima. Ini kerana caj tabarru’ difokuskan untuk pelan secara berasingan. Klik [sini] untuk maklumat lanjut.

5. Pilih Pelan Dengan Diskaun Tunai
– Diskaun tunai dapat membantu anda mengurangkan bayaran bulanan untuk takaful anda. Klik [sini] untuk pelan medical card dengan diskaun tunai 20%. 

6. Faham Keperluan Takaful Anda
– Adakalanya pelan takaful keluarga sebenarnya tidak memberikan keuntungan kerana sebenarnya mungkin anda tidak memerlukannya. Klik [sini] untuk penerangan lanjut.

>>Mengapa anda memang perlukan takaful gantian pendapatan? Klik [sini] bagaimana anda dapat menjamin pendapatan anda secara berterusan<<

7. Ambil Pelan Perlindungan Paling Asas Lebih Baik Dari Tiada Langsung
– Pelan takafulink mungkin agak tinggi caruman bulanannya namun jangan jadikan ini sebab anda tidak mengambil perlindungan takaful langsung. Disarankan untuk ambil pelan takaful perubatan dan perlindungan kemalangan peribadi untuk caruman yang lebih murah. Klik [sini] untuk info lanjut.

8. Minimakan pilihan manfaat tambahan (Rider)
– Dalam pelan takafulink, terdapat manfaat asas dan juga manfaat tambahan atau rider yang boleh anda pilih. Manfaat tambahan ini akan akan dikenakan caj tabarru’ yang akan mengurangkan jumlah perlindungan asas. Manfaat tambahan biasa yang diambil adalah 1) Manfaat penyakit kritikal, 2)Khairat 3)Elaun harian kemasukan wad

9. Menghadkan Tempoh Perlindungan
– Tempoh perlindungan yang panjang menyebabkan jumlah perlindungan asas berkurang. Sebaiknya, pilih tempoh perlindungan yang bersesuaian dengan bajet anda. Yang penting kita dilindungi oleh pelan takaful.

10. Jaga Kesihatan (kurangkan berat badan)
– Tips terakhir ini agak straight forward kerana berat badan mungkin mempengaruhi jumlah caruman takaful anda. Kebiasannya mereka yang obesiti permohonan mereka akan ditolak, berlebihan berat badan akan dikenakan loading (bayaran tambahan). Sebaiknya kekalkan berata badan yang ideal dengan jaga jadual makan dan bersenam.

Ini adalah sedikit sebanyak tips yang boleh saya kongsikan untuk anda praktikkan. Anda boleh sharekan tips ini jika bermanfaat.

Untuk maklumat lanjut atau untuk dapatkan khidmat nasihat mengenai takaful, anda boleh call saya di 0192757055 atau klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp saya. Ambillah takaful sekarang sebelum anda hilang kelayakan. Untuk lebih banyak info takaful klik sini http://azizulwmc.com/category/takaful/

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!