Medical Card, Personal Accident, Takaful

Doktor Pakar Perjelas Kenapa Ada Pembedahan Tidak Dibuat Segera Walaupun Kecemasan

17th July 2017


Ramai yang membuat tanggapan negatif dan mengeluarkan kata kurang enak bila ada kes kecemasan yang memerlukan pembedahan berlaku pada mereka atau saudara mereka perlu menunggu agak lama sehingga pembedahan dijalankan. Ini secara tidak langsung seperti memburuk-burukkan imej hospital kerajaan. Namun, seorang doktor pakar ortopedik, Dr. Mahayuddin Mohamed [FB: Mahyuddin Mohamed] telah menjelaskan mengapa perkara begitu berlaku.


Ikuti paparan screen shot FB beliau yang menerangkan berkenaan prosedur untuk kes-kes emergency.








Berdasarkan kepada penerangan beliau, bilik bedah beroperasi 24 jam sehari di semua hospital kerajaan untuk semua jenis pembedahan. Malah ada bilik khas untuk kes ortopedik kecemasan akibat kemalangan. Oleh kerana semua jabatan tertumpu pada bilik bedah, maka prosedur pembedahan perlu mengikut kriteria. Yang membabitkan nyawa atau dire emergency perlu didahulukan seperti pembedahan ibu bersalin dan pendarahan kepala. Juga ada pembedahan tahap sederhana dan rendah. Kes ortopedik biasa merupakan yang kurang membabitkan nyawa biasanya perlu menunggu untuk pembedahan.

Faktor kes terlalu banyak (ramai) juga menyebabkan doktor perlu memilih kes yang lebih cemas seperti yang diterangkan di atas. Ini adalah sebabnya mengapa anda perlu menunggu seketika untuk mendapatkan giliran pembedahan.

Lantaran itu beliau juga menyarankan agar kita mempunyai pelan takaful medical card supaya kes boleh dirujuk ke hospital swasta dan dapat membantu mengurangkan bebanan doktor dan memendekkan senarai menunggu. Dapatkan pelan medical card dengan diskaun 20% di [sini]. 

Walau apa pun kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada insan yang bergelar doktor kerana sentiasa sibuk dalam menjaga perihal kesihatan rakyat Malaysia. Jasa mereka tidak terbalas. #DemiMalaysia #GayaHidupSihat #Berhati-hati di jalanraya.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!