FPP, Takaful

Program FPP Hospital Kerajaan Tambah Baik Perkhidmatan Kesihatan

1st July 2017

Kerajaan telah melaksanakan prorgam pesakit bayar penuh atau Full Paying Patient (FPP) di hospital kerajaan terpilih bertujuan untuk memberi perkhidmatan lebih baik dan untuk mengurangkan penghijrahan pakar kerajaan ke sektor swasta. Setakat ini, 7 hospital sudah menyertai program ini setakat ini. Antaranya adalah HUKM, PPUM, Hospital Putrajaya, HKL, Hospital Umum Sarawak dan lain-lain lagi. Klik [sini] untuk entri tentang pusat pakar kerajaan bayaran penuh. 

Fokus perkhidmatan FPP ini adalah kepada rakyat yang berkemampuan untuk membayar kos penuh perubatan di mana mereka mempunyai pilihan untuk mendapatkan penjagaan rawatan kepakaran yang tinggi di hospital KKM yang terpilih. Ada juga pesakit yang di rujuk daripada hospital swasta ke hospital kerajaan kerana kelebihan kepakaran tertentu di hospital kerajaan, sedia untuk memilih skim FPP tanpa subsidi kerajaan. Antara kelebihan-kelebihan tertentu di bawah skim ini adalah seperti berikut:

1. Pesakit boleh memilih Pegawai Perubatan Pakar untuk merawatnya;

2. Pesakit mendapat kemudahan giliran untuk mendapat rawatan daripada Pegawai Perubatan Pakar;

3. Pesakit dalam boleh menikmati beberapa kemudahan di wad eksekutif, kelas satu atau yang setaraf.

Semua kemudahan yang akan diberi adalah bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan fasiliti sedia ada. Pesakit yang telah mendaftar sebagai pesakit FPP akan dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan Pegawai Perubatan Pakar yang dilantik untuk menjalankan perkhidmatan FPP di hospital-hospital kerajaan yang terpilih. Sebahagian hasil daripada pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan melalui FPP akan diberikan kepada Pegawai Perubatan Pakar yang berdaftar di bawah perkhidmatan ini. Kadar caj bagi perkhidmatan perubatan untuk pesakit FPP adalah tertakluk kepada Akta Fi Pesakit Bayar Penuh (2007).

Kaedah pembayaran bil FPP boleh dibuat secara: tunai, kad kredit, kad debit atau draf bank. Surat jaminan (guarantee letter atau GL) syarikat swasta dan insuran perubatan yang mempunyai perjanjian persefahaman bersama Bahagian Kewangan KKM bagi perkhidmatan FPP juga boleh digunapakai untuk pembiayaan kos rawatan.

KKM sentiasa komited untuk terus menyediakan dan memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat dan yakin bahawa Pegawai Perubatan Pakar di KKM akan terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat serta memastikan perkhidmatan FPP ini tidak menjejaskan pemberian perkhidmatan kepada pesakit awam yang lain. Adalah diharapkan inisiatif ini dapat meningkatkan motivasi dan minat Pegawai Perubatan Pakar di KKM untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang mereka di fasiliti kesihatan KKM.

Anda boleh membuat bayaran samada secara tunai, kad kredit, kad debit ataupun dengan insuran / takaful. Klik [Medical card Zurich Takaful] sebagai panel takaful untuk hospital FPP ini. 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!