Gantian Pendapatan, Takaful

Mengapa Anda Memang Perlukan Takaful Gantian Pendapatan?

28th June 2017

Sering kali kita dengar berita berkenaan dengan diri dan keluarga (waris) kehilangan punca pendapatan disebabkan kematian awal atau ditimpa sakit kritikal sebelum umur persaraan. Apabila punca pendapatan terhenti, berlaku kesusahan untuk meneruskan kehidupan bagi diri sendiri mahupun keluarga (waris) yang ditinggalkan.

Keratan akhbar begini bukanlah tujuan mengaibkan keluarga tertentu, kebiasaannya adalah bertujuan untuk meraih simpati orang ramai untuk memberikan sumbangan. Ramai juga yang memberikan sumbangan. Juga sebagai peringatan kepada yang lain akan pentingnya menjaga keselamatan dan juga penjagaan kesihatan. 



Kesulitan akibat masalah punca pencarian bukan sahaja melibatkan isteri, malah anak-anak juga akan terjejas. Bagaimana emosi, pembelajaran mereka akan terganggu malah ada yang terpaksa menyerahkan anak kepada penjaga lain akibat kesempitan. Di sini lah anda harus berfikir jika anda atau keluarga hilang punca pendapatan akibat kematian awal, lumpuh atau sakit kritikal,

1. Hutang masih perlu dibayar (ansuran kereta, motor)

2. Belanja pakaian, makan, minum, sewa rumah dan utiliti masih perlu dijelaskan

3. Belanja persekolahan anak-anak

4. Kos rawatan, ubat-ubatan

5. Kos pengangkutan

6. lain-lain kos

Anda pastinya akan menghadapi kesukaran dengan kos-kos di atas. Namun begitu, anda tidak perlu terlalu bimbang dengan satu mekanisma jaminan kewangan bertulis dengan mencarum dalam pelan takaful. Pampasan yang diberikan oleh pihak takaful boleh digunakan untuk menggantikan semula pendapatan yang hilang akibat perkara-perkara yang dibincangkan di atas tadi. Dengan memperuntukkan hanya 8-10% dari pendapatan anda, menfaat berikut bakal anda peroleh,

1. Pampasan kematian (hibah kepada waris) – bayaran sekaligus kepada waris atas kematian apa jua punca orang yang dilindungi (ketua keluarga).

2. Pampasan hilang upaya kekal – bayaran sekaligus jika orang yang dilindungi hilang upaya akibat kemalangan atau sakit

3. Bayaran untuk penyakit kritikal -Bayaran bagi menampung kos rawatan penyakit kritikal seperti barah yang memakan ratus ribu ringgit. 


4. Bayaran elaun hospital- bayaran elaun hospital harian jika diwadkan

5. Medical card – Bayaran kos rawatan jika diwadkan. 

Dan banyak lagi manfaat tambahan lain. Anda tidak perlu bimbang dan rasa lebih terjamin dengan mencarum dalam pelan takaful gantian pendapatan ini. 



Dengan wang pampasan takaful, sebahagian boleh dibelanjakan dan selebihnya dilaburkan semula dalam TH atau ASB yang boleh memberikan pulangan konsisten untuk digunakan sebagai pendapatan berterusan menggantikan gaji yang telah hilang. 

Anda takkan faham betapa pentingnya untuk miliki perlindungan Takaful secukupnya ketika anda masih sihat. Bila dianjurkan agar mencarum 10% dari gaji pun rasa tinggi, walhal anda masih mempunyai baki 90% lagi untuk buat perkara lain.

Tapi bila anda sudah sakit kritikal, atau sudah hilang keupayaan bekerja, tiba-tiba caruman 10% gaji terasa murah sangat, sebab anda terdesak mahukan duit segera. Malahan jika disuruh bayar caruman 2x ganda pun anda sanggup!

Anda perlu sedar bahawa Takaful bukan aqad pertukaran wang kecil kepada wang besar. Kerana anda berfikir macam tu lah, ramai yang tunggu dah sakit, baru teringat nak mohon Takaful, dengan harapan boleh tukar duit kecil menjadi pampasan berlipat ganda. Malangnya, Anda sudah tak layak lagi waktu itu.

>>Panduan memaksimakan perlindungan takaful dengan bayaran terendah klik [sini]<<

Pesanan saya mohonlah takaful secepat yang mungkin. Untuk maklumat lanjut mengenai takaful gantian pendapatan, call 0192757055 atau klik [sini] untuk terus ke aplikasi whatsapp saya. Caruman serendah RM50 sebulan. 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!