Gantian Pendapatan, Takaful

Takafulink Wanita: Pelan Perlindungan Takaful Menyeluruh Untuk Wanita

20th June 2017

Kaum wanita istimewa kerana mereka merupakan isteri, ibu, suri rumah malah ramai yang mempunyai kerjaya. Dengan pelbagai tugasan inilah yang menjadikan mereka istimewa. Kaum wanita secara umumnya lebih lemah dari kaum lelaki dari segi fizikal dan dengan trend sekarang ini, mereka begitu terdedah dengan pelbagai risiko kesihatan dan kemalangan. Di Zurich Takaful, terdapat pelan perlindungan menyeluruh untuk wanita dengan manfaat tambahan (rider) memberikan perlindungan untuk lumpuh 2 kali ganda dari jumlah perlindungan asas. Mari kita lihat contoh sebutharga satu pelan perlindungan wanita untuk seorang guru dengan bayaran bulanan RM150 yang tidak sampai 10% pun dari jumlah gaji beliau.
Illustrasi pelan di atas adalah untuk seorang wanita berumur 35 tahun, berkahwin dan tidak merokok. Pelan perlindungan selama 45 tahun (sehingga umur 80 tahun) dari tarikh umur 35 tahun. Berikut adalah perincian manfaat-manfaat pelan takaful ini;

1. TITPD2 – Kematian atau hilang upaya kekal dan keseluruhan RM150 ribu
– Manfaat ini adalah bayaran pampasan kepada peserta jika berlaku kematian (apa jua punca) kepada waris atau hilang upaya kekal dan keseluruhan. Pampasan ini menggantikan gaji yang telah hilang akibat kehilangan pekerjaan.

2. MTKP (Khusus Protection) – RM7 ribu
– Manfaat khusus protection ini adalah bayaran khairat segera sebangak RM2 ribu jika berlaku kematian kepada waris dan RM5 ribu untuk tujuan badal haji atau korban bagi yang sudah mengerjakan haji.

3. MTWI (Wanita Illness) – RM30 ribu
– Ini adalah manfaat wajib yang penting kepada kaum wanita kerana ia menyediakan bayaran khas jika berlaku 12 jenis sakit yang selalu berlaku kepada kaum wanita seperti kanser, cyst fibroid, patah tulang disebabkan athritis dan lain-lain. Di bawah manfaat ini, pemegang sijil diperuntukkan RM100 setahun untuk menjalankan pemeriksaan mammogram dan pap smear untuk pengesanan kanser peringkat awal.

4. MTGW (Golden Wanita) – RM150 ribu
– Manfaat tambahan untuk lumpuh. Jika berlaku hilang upaya kekal atau lumpuh, bayaran tambahan sekali ganda dari jumlah perlindungan asas akan dibayar. Ini adalah khas untuk wanita sahaja dan tidak terdapat dalam pelan takafulink untuk lelaki.

5. MTHBR2 (Hospital allowance) – RM100 sehari
– Bayaran RM100 sehari jika diwadkan. Jika diwadkan selama 7 hari, RM700 akan dibayar kepada pemegang sijil.

6. MT36P (Critical Illness Plus) – Manfaat penyakit kritikal RM100 ribu
– Penyakit kritikal memerlukan belanja yang banyak untuk membeli ubat-ubatan dan kos rawatannya juga amat tinggi. Dengan manfaat penyakit kritikal ini, anda akan dibayar sebanyak RM100 ribu dari jumlah perlindungan asas untuk membiayaai kos rawatan dan ubat-ubatan.

7. MTWD36 & MTSW36 (Critical Illness waiver) – Pengecualian bayaran caruman asas dan saver jika mengalami salah satu dari 36 penyakit kritikal
– Caruman sijil takaful akan menjadi percuma apabila peserta mengalami salah satu dari penyakit 36 penyakit kritikal

    Contoh perincian pelan takafulink wanita dengan manfaat ‘maternity protection’

    Contoh sebutharga pelan takafulink wanita dengan manfaat gantian pendapatan / income replacement.

Anda takkan faham betapa pentingnya untuk miliki perlindungan Takaful secukupnya ketika anda masih sihat. Bila dianjurkan agar mencarum 10% dari gaji pun rasa tinggi, walhal anda masih mempunyai baki 90% lagi untuk buat perkara lain.

Tapi bila anda sudah sakit kritikal, atau sudah hilang keupayaan bekerja, tiba-tiba caruman 10% gaji terasa murah sangat, sebab anda terdesak mahukan duit segera. Malahan jika disuruh bayar caruman 2x ganda pun anda sanggup!

Anda perlu sedar bahawa Takaful bukan aqad pertukaran wang kecil kepada wang besar. Kerana anda berfikir macam tu lah, ramai yang tunggu dah sakit, baru teringat nak mohon Takaful, dengan harapan boleh tukar duit kecil menjadi pampasan berlipat ganda. Malangnya, Anda sudah tak layak lagi waktu itu.
Pesanan saya mohonlah takaful secepat yang mungkin.

Untuk maklumat lanjut mengenai takafulink wanita, boleh hubungi saya di 019275055 atau klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp saya  . Sharekan post ini dengan rakan-rakan lain yang perlukan perlindungan. 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!