Cancercare, Gantian Pendapatan, Medical Card, Takaful

Medical Card Bukan Segala-galanya

19th June 2017

Ramai yang menyangka dengan mempunyai medical card dengan had tahunan RM200 ribu sudah mencukupi namun ada perkara yang anda perlu tahu dan faham mengenai bayaran claim medical card.

Satu perkara yang anda tidak tahu mengenai medical card sekarang adalah, walaupun penyakit seperti kanser itu dilindungi sekiranya ia terbukti wujud selepas 120 hari, rawatan chemotherapy dan radiotherapy hanya akan dilindungi secara PAY & CLAIM, seperti rawatan kanser pesakit luar. Tak kira medical card anda cover 50,000 setahun ke, mahupun cover 1.5 juta setahun. Ia hanya cover secara BAYAR DULU, CLAIM KEMUDIAN

Contoh jika anda kena buat radiotherapy di hospital swasta dengan kos RM26,000, anda kena bayar RM26,000 tu dulu, baru boleh buat rawatan di hospital swasta. 

Nak buat di hospital awam? Kena tunggu giliran. Melainkan keadaan anda sangat kritikal dan dapat recommendation dari doktor pakar supaya dapat rawatan segera.

Itu belum masuk rawatan stemcell yang lebih advance dengan kosnya yang boleh melebihi RM300,000. Doktor pakar di hospital awam sendiri mencadangkan rawatan tersebut, namun hospital awam tidak menyediakan ubat tu. Anda perlu order dan bayar sendiri, baru mereka buatkan. Tidak kira anda kakitangan awam atau orang biasa, kena bayar dulu beli ubat stemcell tu kerana ia tidak ditanggung oleh kerajaan.

Ini adalah berdasarkan pengalaman pesakit kanser sendiri. Bukan untuk menakut-nakutkan anda, tapi ini adalah realiti.

PASTIKAN ANDA ADA FAEDAH PENYAKIT KRITIKAL ATAU PELAN STANDALONE CANCERCARE RM200,000 dan ke atas kerana kos rawatan penyakit kanser adalah MAHAL. Klik [pelan cancercare] untuk anda mendapatkan info lebih lanjut atau hubungi saya di 0192757055 atau terus ke pm ke aplikasi WhatsApp saya di [sini]. YANG MAHAL ADALAH KOS RAWATAN, BUKAN CARUMAN TAKAFUL.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!