Teknologi, Umum

Tips Mudah Kurangkan Kepanasan Dalam Kabin Kereta

11th June 2017

Di musim panas terik begini pasti ramai yang merasakan kabin kereta terlalu panas terutamanya yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta terbuka. Ada satu tips yang boleh kita kongsikan untuk mengurangkan kepanasan dalam kabin kereta.

Sebelum itu, pernahkah anda melihat lubang-lubang halus pada plastik berdekatan dengan wiper? Bahagian ini dinamakan louvre cowl top. Ia bukan sahaja direka begitu. Ia mempunyai fungsi tersendiri iaitu menghubungkan ruang kabin dengan udara dari luar atau fresh air inlet. Pastinya ramai yang pernah melihat namun kurang arif dengan fungsinya. Seterusnya lihat rajah ringkas sistem penyejukan sesebuah kereta.

Pic credit to: leakylugnut.com
HVAC merupakan singkatan kepada Heating, Ventilation and Air Conditioning atau dalam BM pemanasan, kitaran dan sistem pendingin. Terdapat 2 jenis udara yang boleh digunakan iaitu udara luar segar dan kabin udara. Pilihan udara ini di kawal oleh recirculation flap. Jadi apa kaitan 2 jenis udara ini dengan kepanasan kabin?

Di panel kawalan sistem aircond kereta, ada 2 jenis mod pilihan udara seperti yang diterangkan di atas. Gambar di atas menunjukkan kereta dalam mod menggunakan udara dalam kabin. Kelebihan menggunakan mod ini adalah kabin kereta akan lebih sejuk dan bau-bauan dari luar tidak menganggu kabin. Namun ada juga keburukannnya. Lihat entri untuk ketahui bagaimana anda memilih mod udara dalam kereta anda di [sini].
Gambar di atas ini pula adalah untuk mod penggunaan udara luar. Apabila anda memilih mod ini, flap membuka laluan udara dan menghubungkan kabin dengan udara luar. Jika anda meletakkan kereta di bawah cuaca panas, anda haruslah memilih mod ini supaya udara panas dalam kabin dapat keluar melalui rongga louver cowl top.  Anda boleh mencubanya. Sharekan tips ini jika bermanfaat. 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!