Info Scam, Kewangan

Peniaga Rugi Terima Wang Kertas RM100 Palsu (Gambar)

16th May 2017


Seorang peniaga di Puchong kerugian apabila menerima wang kertas RM100 yang dipercayai palsu dari seorang pembeli barangan runcit di kedainya. Pembeli yang membeli barang dengan harga RM30 itu menghulurkan RM100 dan peniaga memulangkan wang baki seperti biasa.


Di bahagian hadapan seakan-akan serupa cuma warnanya agak sedikit kusam dan pudar. Sekali imbas memang sukar membezakan yang asli dan yang palsu.

Bahagian belakang pula jelas nampak berbeza terutamanya bahagian hologram tertera huruf RM dan angka 100. Garisan keselamatannya juga kurang jelas.  Warnanya juga agak pudar. Orang ramai dinasihati agar memeriksa nota RM100 yang diterima sebelum melakukan transaksi jualan.

Tips untuk kesan wang kertas palsu;
1. Apabila anda menerima wang kertas, pastikan anda lihat periksa, rasa dan gerakkan (lipat lembut). Duit kertas tulen dicetak secara timbul untuk imej agong dan tulisannya.

2. Periksa di bawah lampu putih untuk lihat wajah lakaran 3D dan garisan keselamatan berterusan.

3. Gerakkan wang kertas beberapa sudut untuk lihat garisan keselamatan dan perubahan warna hologram.

4. Gunakan alatan mudah seperti kanta untuk secara terperinci bentuk tulisan, hologram dan lain-lain bahagian.

Tips adalah nasihat dari BNM. Sharekan post dengan rakan-rakan lain agar tidak tertipu.

Sumber via FB

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!