Info Kesihatan, Medical Card, Takaful, Umum

Ekspo Selangor Wellness Living (SWELL) Kali Kedua di Setia City Convention Center 24 hingga 26 Februari Ini

22nd February 2017

Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor akan mengadakan ekspo Kesejahteraan Kehidupan Selangor atau Selangor Wellness Living (SWELL) untuk kali kedua di Pusat Konvension Setia City pada 24 hingga 26 Februari ini. Pelbagai acara menarik mengenai kesihatan telah dirancang untuk para pengunjung dan masuk adalah percuma.

Objektif ekspo ini adalah untuk menanamkan kesedaran untuk lebih menjaga kesihatan diri seterusnya menjadikan rakyat lebih sihat dan produktif. Memberitahu tentang khidmat kesihatan yang ada dengan kerjasama dari penyedia perkhidmatan kesihatan. Lihat brochure di atas untuk info lebih lanjut.Salah satu peserta adalah hospital pakar swasta kerajaan iaitu UiTM Private Specialist Center. Ini peluang anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kesihatan yang disediakan di UiTM Private Specialist Centre. Kerajaan kini telah mempunyai 7 hospital yang menawarkan program Full Paying Patient (FPP) seperti hospital swasta sebagai pilihan untuk pesakit yang inginkan perkhidmatan lebih selesa. [Lihat panel takaful untuk hospital private kerajaan di sini]. Private specialist ini juga bertujuan untuk mengekalkan doktor pakar di sektor kerajaan. 

Pada hari ahad jam 12.00tghari, Professor Dr Mohd Zamrin Dimon, pakar perunding pembedahan kardiotorasik bakal berkongsi teknik terkini dalam pembedahan jantung.’Surgery Do Not Have To Be Painful-MISCABG’. Mampukah ianya dilakukan? Jadi, jangan ketinggalan untuk update pengetahuan anda dalam bidang perubatan di Malaysia. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan ekspo ini.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!