Cancercare, Medical Card, Takaful

Caj Sebenar Hospital Kerajaan Yang Anda Tidak Tahu

16th February 2017

Sememangnya apa-apa saja berkenaan perubatan kosnya tentu tidak murah. Hospital kerajaan juga tidak terkecuali. Kos ubat-ubatan dan alatan kesihatan sentiasa meningkat ditambah lagi dengan kejatuhan nilai matawang ringgit  ketika ini. Baru-baru ini pihak KKM menjelaskan dalam posting FB mereka mengatakan kos perubatan di hospital kerajaan juga tinggi. 

Sebagai contoh, seorang anak pekerja swasta yang masuk wad seminggu di Hospital Sultanah Bahiyah menerima bil sebanyak RM2544.00. Namun beliau hanya perlu membayar RM109.00 sahaja. Ini kerana subsidi sebanyak 96% telah dibayar oleh kerajaan. Jika kakitangan kerajaan pula, bayaran dikecualikan kerana mereka mempunyai kemudahan Guarantee Letter atau GL dari kerajaan. 

Bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia kerana kerajaan memberikan kemudahan sebegini. Kerajaan terus memberikan subsidi kepada rakyat. Namun begitu, untuk penyakit kritikal seperti kanser atau pembedahan konstruktif seperti masuk besi akibat kemalangan, anda perlu menyediakan kos untuk barang-barang tersebut dengan kos sendiri sebelum pembedahan dijalankan. Untuk kes rawatan kanser, anda perlu membayar sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah kos rawatan. Rujuk [siniuntuk artikel. Adakalanya untuk sesuatu rawatan di hospital kerajaan perlukan tempoh menunggu yang lama kerana  perlu mengikut giliran. 

Di sini jika kita masih ada pilihan, ada baiknya kita mencarum dalam polisi takaful perubatan medical card untuk rawatan hospital swasta. Saya tegaskan lagi di sini ia adalah pilihan. Bukan bermaksud kita merendahkan hospital kerajaan. Ini kerana, semasa kita sakit, apa yang kita mahukan adalah kesembuhan yang cepat, sanggup untuk berbuat apa sahaja termasuklah menggunakan wang simpanan, hutang kad kredit, kwsp, jual aset dan pelbagai lagi yang hanya menambahkan masalah anda. Malah kerajaan pun sekarang sudah membuka bahagian swasta atau private wing di hospital pakar kerajaan seperti di UKM Specialist Center, UM Specialist Center dan UiTM Specialist Center. [lihat artikel di sini]. Ia bertujuan untuk mengekalkan doktor pakar kerajaan dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit. Bayaran penuh perlu dibuat dan pesakit boleh memilih untuk membayar secara tunai atau takaful/insuran yang menjadi [panelmereka. 
Anda boleh elakkan perkara begini berlaku dengan mencarum dalam pelan takaful medical card Zurich Takaful hanya dari RM44 sebulan untuk kanak-kanak dan RM67 sebulan untuk dewasa untuk perlindungan perubatan tanpa had seumur hidup. Untuk keterangan lanjut, sila baca penerangan lanjut mengenai kelebihan medical card Zurich Takaful di [sini]. Atau boleh terus call/whatsapp saya di 0192757055 untuk penerangan lanjut mengenai medical card Zurich Takaful. 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!