Info Kesihatan, Umum

Info Kesihatan: Tekanan Darah Tinggi

11th February 2017

Darah tinggi boleh membahayakan jika tidak dikesan dan diberikan rawatan. Rajah di atas merupakan penerangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan dengan darah tinggi. Menurut fakta KKM, 30% daripada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mempunyai tekanan darah tinggi.  Ia boleh menyebabkan komplikasi jantung koronari, strok dan kegagalan fungsi buah pinggang. 

Darah tinggi biasanya disebabkan faktor berat badan berlebihan atau obes, faktor peningkatan umur, merokok, tidak bersenam dan stress. Anda perlu berjaga-jaga jika anda berada dalam kategori orang berisiko ini.

>>Mahu caruman medical card anda menjadi lebih murah? Klik sini untuk info lanjut<<

Cara mengawal dan menurunkan darah tinggi adalah dengan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, makan makanan yang seimbang, kurangkan gula dan garam dan jika anda mempunyai darah tinggi, makan ubat yang diberikan oleh doktor. 
Sumber: KKM FB

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!