Sukan

Lihat Senarai 10 Stadium Teratas Liga Perdana Inggeris

10th February 2017


Liga Perdana Inggeris merupakan liga paling popular di kalangan peminat bolasepak di seluruh dunia. Justeru, ramai peminat-peminat dari seluruh dunia yang datang melawat ke stadium pasukan kesayangan mereka setiap tahun. TripAdvisor, satu portal pelancongan dan penempahan hotel telah mengeluarkan 10 stadium Liga Perdana Inggeris yang paling popular mengikut data mereka.

Tempat ke 10 – Riverside Stadium

Mendapat 190 review, Riverside Stadium adalah stadium kepada pasukan Middlesbrough. Stadium ini dibuka pada 1995 sebagai gelanggang baru pasukan The Boro.

Tempat ke 9 – St. Mary Stadium

Mendapat 320 review, merupakan rumah kepada pasukan Southampton atau The Saints. Mempunyai kapasiti 32,000 tempat duduk.

Tempat ke 8 – Stadium of Light

Mendapat 607 review, ia adalah gelanggang untuk pasukan Sunderland FC. Boleh memuatkan 49,000 orang dalam satu-satu masa.

Tempat ke 7 – Stamford Bridge

Mendapat 1345 review, The Bridge merupakan rumah kepada pasukan tersohor Chelsea FC. Dibuka sejak 1877, ia boleh memuatkan 42,000 penonton.

Tempat ke 6 – White Hart Lane

Terletak di bandar London, White Hart Lane adalah rumah kepada pasukan yang sedang meningkat dan konsisten iaitu Tottenham Hotspur. Mereka dikatakan bakal membina stadium baru tidak lama lagi.

Tempat ke 5 – King Power Stadium

Tempat ke 5 pula adalah stadium juara liga tahun 2015-2016 iaitu Leicester City. Dinamakan setelah penaja mereka iaitu King Power, satu syarikat dari negara Thailand. Leiceister City agak merudum tahun ini setelah mencipta kejutan sensasi pada tahun lepas.

Tempat ke 4 – Etihad Stadium

Etihad Stadium adalah rumah kepada pasukan Manchester City. Ia adalah bekas stadium sukan Commonwealth. Manchester City ketika ini masih bergelut dengan prestasi hambar di pertengahan musim 2016-2017.

Tempat ke 3 – Emirates Stadium


Rumah kepada pasukan Arsenal. Arsenal juga gagal memberi impak pada tahun ni walaupun mempunyai kecairan permainan yang cantik. Bos mereka perlu berbuat sesuatu untuk lebih berjaya.

>>Mengapakah gaji anda perlu dilindungi dan diwariskan? Klik sini untuk info lanjut<<

Tempat ke 2 – Anfield

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Anfield merupakan stadium kepada pasukan Liverpool. Liverpool juga masih bergelut dengan prestasi di pertengahan musim ini setelah memberikan persembahan hebat pada awal musim di bawah bimbingan Jurgen Klopp.

Tempat pertama – Old Trafford

Dengan fan base teramai di dunia, Stadium Old Trafford merupakan tempat paling banyak dikunjungi peminat bola. Ia sudah menjadi gelanggang rumah untuk pasukan Manchester United sejak dari tahun 1905. Prestasi mereka masih dalam peringkat pemulihan setelah pengurus lagenda mereka, Sir Alex Ferguson bersara.

Sumber: msn.com

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!