• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Mengapa Gaji Anda Perlu Dilindungi dan Diwariskan?

22nd January 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Sharing cerita seorang prospek yang tolak offer pelan Income Replacement…
Dulu gaji RM 5,000

Sekarang tak bergaji dan tak mampu kerja.
Umur baru 36 tahun. Diserang strok sebelah badan. Darah tinggi tak pernah monitor.
Ada 3 orang anak, anak sulung baru darjah 2. Isteri kerja kerani swasta.
Kereta dah 2 bulan tak berbayar. Rumah pulak masuk sebulan tunggakan.
Gaji isteri cuma tinggal separuh. Banyak unpaid leave sebab urus suami ulang alik hospital strok sebelah badan tak boleh berdikari dan urus anak-anak kecil.
Dulu suami tak ambil takaful sebab alasan company dah provide insurans (medical card). Lepas kena stroke, 6 bulan berikutnya kena offer VSS. Habis collapse semua medical benefit yang company bagi.
Mulanya tak nak cerita kat orang, nanti hanya dapat simpati.
Tapi cerita jugaklah, bukan untuk mintak simpati, tapi supaya yang lain sedar diri.
Kita rasa gaji kita banyak, semua harta dah ada, tapi kita lupa untuk melindungi gaji kita dari bencana sakit, hilang upaya dan kematian.



Kisah di atas adalah satu kisah benar apabila suami yang mempunyai gaji untuk menyara keluarga tidak lagi bergaji akibat sakit kritikal yang dialaminya. Di sini lah kepentingan takaful gantian gaji kepada anda. Seorang suami bekerja untuk menyara keluarga dan memberikan tempat tinggal, pendidikan anak, kenderaan, percutian, simpanan dan lain-lain lagi.



Tempoh jangka hayat bekerja adalah 30 hingga 35 tahun. Pekerjaan merupakan suatu tempoh yang panjang di mana suami perlu bekerja untuk menyiapkan keperluan keluarga seperti di atas.



Jika ditakdirkan suami ditimpa musibah samada mati awal, lumpuh, hilang upaya dan penyakit, maka yang akan mendapat kesannya adalah keluarganya. Suami tidak lagi berupaya untuk bekerja menyara keluarga kerana musibah yang dialaminya.



Ini mengakibatkan kehidupan anak dan isteri menjadi sukar. Hutang piutang masih perlu dijelaskan, bil ubat-ubatan suami (lumpuh) masih berhutang dan banyak lagi. Belum lagi untuk belanja-belanja lain seperti makan, sekolah, utiliti dan sebagainya.



Jika suami anda mencarum dalam takaful pelan perlindungan pendapatan, pihak takaful akan menggantikan gaji suami dengan wang pampasan yang diberikan secara hibah (hadiah). Dengan ini, gaji suami yang hilang dapat digantikan dan isteri dan anak-anak boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik.



Telah menjadi tuntutan dalam agama supaya kita berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga anda sebelum anda bertawakal. Satu tindakan yang nampak kecil tetapi memberikan impak yang cukup besar.


>>Panduan mendapatkan coverage takaful yang tinggi dengan bayaran paling rendah. Klik sini<<

Telah menjadi tugas kami sebagai konsultan Zurich Takaful untuk menerangkan kepada anda berkenaan pelan income replacement ini atau gantian pendapatan. Anda boleh hubungi saya bila-bila masa untuk temujanji di 0192757055. Buatlah keputusan sekarang sebelum terlambat. Pelan takaful income replacement serendah RM50/bulan. Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Gantian Pendapatan, Takaful Tagged With: gantian gaji, income replacement, takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d