Umum

Sistem Bayaran Visa Paywave Mampu Kurangkan Kecurian di Masjid

21st January 2017

 Tadi sewaktu singgah solat di Masjid Wilayah Jalan Duta, pertama kali terpandang ‘tong derma’ dengan perkataan Visa Paywave. Oh zaman memang sudah berubah. Anda sudah tak perlu lagi membawa wang tunai untuk membuat sumbangan / derma masjid. Hanya sentuh sahaja kad visa paywave anda,  anda sudah boleh melakukan ibadah sedekah / derma.

Pada skrin paparan, ia sentiasa memaparkan nilai RM1, di mana sekali sentuh, RM1 akan ditolak dari akaun anda. Jika anda mahu menderma lebih, anda boleh mengubah amaun yang anda mahukan. Sungguh mudah dunia sekarang. Saya percaya sistem ini boleh menggantikan tabung masjid yang terdedah kepada kecurian. Sharekan jika info ini bermanfaat.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!