Medical Card, Takaful

Medical Card Komprehensif, Caruman Bulanan Lebih Murah Zurich Takaful

18th January 2017


Apabila kita ditimpa sakit atau kemalangan, perkara yang kita fikirkan hanyalah bagaimana untuk kita sembuh dan sihat semula. Namun, pada zaman ini, kos perubatan sangat tinggi. Kos sara hidup juga meningkat dengan mendadak kerana beberapa faktor menyebabkan ramai yang tidak mempunyai simpanan untuk kecemasan (sakit, kemalangan). Jika ianya ditakdirkan berlaku kepada diri kita, sudah tentu masalah kewangan yang besar tidak dapat dielakkan. Jadi bagaimana kita mahu berhadapan dengan situasi semua ini?

Di sini lah peranan takaful penting kepada anda. Dengan menyertai takaful, anda menyertai dana jaminan bersama peserta lain sebagai satu dana yang besar. Ini membolehkan perbelanjaan perubatan yang besar ditanggung oleh dana jaminan bersama itu.

.

Semasa sakit, kita sanggup berbuat apa saja untuk sembuh termasuklah menggunakan wang simpanan, menjual aset, meminjam yang mana semuanya akan menyebabkan masalah kewangan yang kronik.

Semasa anda sakit, anda pasti akan mencari alternatif lain yang lebih cepat. Hospital kerajaan kadang kala perlu menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan pakar. Untuk pilihan lebih cepat, anda mempunyai pilihan untuk ke hospital swasta yang tentu mengenakan bayaran penuh dan lebih mahal. Kerajaan juga baru-baru ini telah menjadikan 7 buah hospital kerajaan yang mempunyai program Full Paying Patient (FPP)/ Pesakit bayar penuh untuk perkhidmatan yang cepat dan setaraf dengan hospital swasta. Ramai mengambil jalan mudah dengan menggunakan kad kredit untuk membayar bil perubatan dan akhirnya menjadi muflis akibat tidak mampu membayar hutang. Alangkah malangnya kerana anda mungkin akan jatuh sakit semula kerana tekanan.

Soalan saya:

1. Mampukah anda menyediakan wang yang secukupnya jika esok anda diminta oleh doktor untuk buat pembedahan dengan kos RM30 ribu? Jawapan: YA atau TIDAK

2. Mampukah anda menyediakan dana perubatan sebanyak RM100 ribu tiap-tiap tahun untuk belanja perubatan kecemasan anda? Jawapan: YA atau TIDAK

3. Adakah saudara mara anda mampu meminjamkan wang sebanyak RM40 ribu jika anda memerlukannya untuk rawatan penyakit yang sedang dihidapi? Jawapan YA atau TIDAK

Saya percaya semua jawapan di atas adalah TIDAK. Kebanyakan dari kita sekarang tidak mampu untuk menyediakan belanja perubatan sebanyak itu apetah lagi di zaman serba mahal ini.

Jadi di sini saya mencadangkan anda untuk mempunyai polisi medical card Zurich Takaful yang komprehensif dan serta mampu milik. 


Mengapa perlu pilih medical card Zurich Takaful?

1. Satu-satunya medical card yang memberikan DISKAUN TIADA TUNTUTAN 20% (Bayaran bulanan menjadi lebih murah)

2. Tiada had penggunaan seumur hidup (Lifetime unlimited)

3. Tiada ko takaful termasuk jika anda menukar harga bilik

4. Lebih 100 hospital panel seluruh negara termasuk pusat pakar kerajaan, Prince Court dan IJN

5. Bantuan perubatan antarabangsa

6. Rawatan kanser dan dialisis buah pinggan seperti yang di cas

7. Khairat kematian

8. Boleh gantikan polisi lama dengan serta-merta dan banyak lagi (rujuk gambar di bawah)

Semua ini dengan hanya bayaran serendah RM44 sebulan sahaja. Jika anda mempunyai polisi medical card, simpanan dan aset anda terjamin kerana semua perbelanjaan bil perubatan akan ditanggung oleh pihak Zurich Takaful.

Jika anda mempunyai keluarga, medical card Zurich Takaful ini adalah yang terbaik untuk anda di mana dengan diskaun tuntutan yang diberikan, bayaran anda akan menjadi lebih murah untuk tahun-tahun berikutnya. Contoh sebutharga untuk keluarga 4 orang.

Bayaran akan menjadi lebih murah jika tiada tuntutan dibuat dalam tahun pertama. Ini akan mengurangkan lagi perbelanjaan bulanan untuk takaful medical card keluarga anda. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana diskaun ini diberikan kepada pemegang polisi;


Jika anda selalu keluar negara atas urusan kerja atau peribadi, pemilik medical kad Zurich Takaful mempunyai perlindungan sehingga USD 1 juta jika anda diwadkan. Ini adalah ekslusif untuk pemegang medical kad Zurich Takaful sahaja.

 Jika anda sudah mempunyai medical card syarikat lain, yang mempunyai coverage rendah tapi bayaran bulanan tinggi, yang dinaikkan harga oleh syarikat, anda boleh transfer medical card anda ke Zurich Takaful tanpa perlu tempoh menunggu semula. Banyak syarikat pesaing telah menaikkan caj tabbarru’ medical card mereka kerana nisbah tuntutan yang tinggi. Antara syarat2nya adalah polisi sudah lebih setahun dan anda masih sihat atau tiada tuntutan besar. Sila berhubung dengan ejen Zurich Takaful untuk transfer medical card anda.

Kami jamin anda tidak akan rugi untuk mencarum sebanyak RM40 – RM50 sebulan untuk dana jaminan perubatan yang anda memang tidak dapat sediakan degan sendiri. Siapa yang boleh beri anda RM100 ribu untuk kos kesihatan jika anda memerlukannnya? Siapa yang boleh mohon? Bayi berusia dari 30hari sehingga umur 65 tahun boleh memohon medical card ini dengan SYARAT ANDA MASIH SIHAT. Takaful  tidak boleh  dibeli dengan duit, tapi dibeli dengan KESIHATAN. Sakit dan kemalangan anda benda yang tidak dirancang dan di luar kawalan kita. Apa yang penting kita hanya perlu membuat persediaan.
Whatsapp atau Call saya di HP 0192757055 untuk khidmat nasihat segera jika anda ingin memohon Medical Card Zurich Takaful ini segera.

>>Panduan memaksimakan coverage takaful anda dengan bayaran yang rendah klik sini<<

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!