Teknologi

Cara Beli Perisian Original Microsoft Office Dengan Harga RM40 Sahaja!

15th January 2017


Perisian Microsoft Office Original memang sangat mahal harganya sehingga mencecah lebih RM500 untuk pengguna di rumah. Jika sebelum ini ramai yang menggunakan perisian cetak rompak, kini anda tidak lagi boleh melakukannya kerana Microsoft boleh mengesannya melalui software update. Jangan risau, jika anda seorang yang bekerja, mungkin anda berpeluang untuk membeli perisian original Microsoft Office pada harga RM40 sahaja! Bagaimana? Sila teruskan bacaan.


Microsoft mempunyai satu program untuk menyokong pekerja syarikat melalui program pengguna di rumah atau home user. Melalui program ini, anda boleh membeli perisian original Microsoft pada harga RM40 sahaja.


Caranya adalah
1. Masukkan email syarikat anda di portal Microsoft Home User Program di sini
2. Microsoft akan mengesahkan email syarikat anda seperti gambar di bawah;


>>Sudahkah gaji dan pendapatan anda dilindungi dan diwariskan? Lakukan sekarang. Klik sini untuk info lanjut<<

3. Setelah email disahkan, Microsoft akan menghantar email pembelian ke email syarikat anda seperti gambar di bawah. Anda perlu forward email tersebut ke email peribadi anda dan anda boleh buka email tersebut pada komputer yang anda ingin install perisian tersebut.

4. Di komputer peribadi/laptop anda, buat pembelian dan ikut cara yang telah ditetapkan untuk proces installation. Anda boleh rujuk semuanya di sini.

Jika anda berjaya atau ingin bertanya soalan sila berikan di ruangan komen. Jangan lupa sharekan entri ini dengan rakan-rakan yang lain.

>>Medical card untuk kakitangan kerajaan. Hanya dari RM44/bulan. Klik sini untuk info lanjut<<

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!