Sebelum ini pernah dengar kaedah pembelian petrol bagaimana yang lebih menjimatkan? Mula-mula saya buat tak tahu sebab biasanya saya beli menggunakan kaedah RM sebab mudah. Ramai juga yang menggunakan kaedah ini. Tapi ada orang kata kita rugi dengan RM. Jadi mari kita tengok mitos ni benar atau tidak. Baru-baru ini saya cuba untuk bandingkan kedua-dua kaedah tersebut.
Pertama, saya beli minyak menggunakan liter. Saya ke kaunter sebuah stesen Petronas dan saya kata mahu beli minyak 10liter. Saya pun membayar RM21. Selepas siap mengisi, meter menunjukkan bacaan tepat 10liter.
Selepas itu saya isi pula di BHP. Saya mintak 11 liter dan bayar RM23.10. Bacaan meter tepat 11 liter. Maksudnya tiada ralat pada sukatan minyak yang saya peroleh. Ini adalah pembelian secara liter dan kita dapat tepat seperti apa yang sepatutnya.
Selepas itu saya beli pula dengan kaedah RM. RM20 saya bayar kepada kaunter. Untuk stesen Petronas, bacaan meter adalah sehingga 3 tempat perpuluhan. Untuk RM20, anda dapat 9.524 liter.
>>Bayaran takaful anda mahal? Coverage rendah? Klik sini untuk panduan meninggikan coverage takaful dengan bayaran terendah<<
Selepas itu saya isi pula di Shell. Di Shell, meter penunjuk hanya sampai 2 titik perpuluhan sahaja. Untuk RM20 yang sama, saya dapat 9.53 liter. Untuk RM20, jika dibahagikan dengan harga RM2.10 seliter, anda akan dapat seperti pengiraan di bawah;Jika untuk kes Petronas, mereka membuat kiraan dengan membundarkan kepada 3 tempat perpuluhan dan Shell kepada 2 tempat perpuluhan. Jika ini diambil kira, Petronas akan kurang 0.006liter berbanding Shell. Walaupun perbezaan terlalu kecil, ianya tetap berbeza. Jadi kesimpulannnya, untuk mengelakkan benda seperti ini berlaku, pembelian menggunakan kaedah liter adalah lebih baik kerana kiraan adalah tepat tidak kira apa syarikat pun. Sharekan jika entri ini memberikan info bermanfaat.
Leave a Reply